Jalan-jalan begitu sibuk dengan orang, benar-benar berbeza dengan tangisan kedukaan budak kecil. Orang yang berada di tempat kejadian lenyap dengan cepat dan kematian merupakan sesuatu yang kerap dilihat di padang pasir. Mereka semua bergegas untuk menjadi kaya, jadi siapa yang peduli bagi sesuatu seperti ini? Beberapa samseng menyasarkan karung syiling di hadapan budak kecil itu.
Mereka juga turut memandang ke arahnya. Walaupun dia masih kecil, kecantikan terpancar menerusi wajah tangisannya. Mungkin terdapat ramai orang yang mahukan seseorang sepertinya. Menjualnya ke pemerdagangan kanak-kanak pastinya menguntungkan.
'Menarik… Bagaimana perkembangan dari sini?' Leylin menyaksikan dengan berpeluk tubuh,, bersikap tidak peduli seperti dewa di atas. Dia tidak akan tersentuh dengan hidup individu ini.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com