webnovel

Kuasa Kayangan

Editor: EndlessFantasy Translation

"Jesfano, si keparat. Dia bukan sahaja mati malah dia turut hilangkan token guru…" Suara lelaki tua itu sangat garau dan kedengaran nada aneh yang tidak tertahan apabila dia menghamburkan fakta yang boleh menggoncang dunia.

"Apa? Itu berlaku di laut luar Dambrath?" Paderi-paderi berjubah hitam ini saling berpandangan, mereka terkejut.

Mereka tidak sanggup memikirkan apa yang telah berlaku kepada Jesfano.

Di Underdark, elf druid yang telah menaikkan kemarahan Maharani labah-labah Lolth akan bertukar menjadi raksasa separa labah-labah yang menakutkan. Bagi Jesfano yang mana rohnya berada di tangan dewanya, dia pasti dalam keadaan yang teruk.

Malah paderi berjubah hitam merasa sedih bagi pihaknya namun itu tidaklah lama. Lelaki tua itu perlahan-lahan mengimbas mereka, mata putihnya sedikit cerah, "Jesfano sudah pun menjadi paderi berpangkat tinggi. Kita perlu mengirim legenda untuk mengetahui apa yang telah berlaku. Siapakah yang lapang sekarang ini?"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter