webnovel

Istana Gloomwood

Editor: EndlessFantasy Translation

"Terima kasih, Ley!" Suara Rafiniya kedengaran selepas seketika.

Satria wanita itu bukanlah seorang yang dungu. Dia tahu tanpa Leylin, mereka sudah lama mati di tangan ogre, lenyap ke dalam mulut ogre. Dia jelaslah tidak mahu mati seperti itu dan hanya memikirkannya sahaja sudah membuatkannya takut.

Semua buku pengembaraan menipu! Mana ada wira yang romantik dan puteri yang cantik. Sebaliknya, terdapat pencuri dan perompak serta ogre yang makan orang hidup-hidup!

"Jadi… Fantasi awak sekarang ini sudah pun dimusnahkan, adakah awak masih ingin mengembara lagi?" Leylin bertanya penuh ingin tahu.

"Sudah tentu. Ini merupakan haluan saya sebagai satria!" Suara satria wanita itu dipenuhi dengan keazaman. "Asalkan saya mampu bertahan, kejahatan akan dimusnahkan oleh tangan saya sendiri suatu hari nanti. Dengan tugas saya ini, dunia akan memperoleh keindahannya semula!"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter