webnovel

Leylin meletakkan pinggan yang mengandungi gula di tangannya lalu memandang ke arah Baron Jonas, "Ayah, agak-agak berapa harga yang boleh saya jual kiub gula yang telah dihalusi ini?"

Baron Jonas memejam matanya buat seketika dan kemudian menjawab pertanyaan Leylin itu dengan penuh kepastian, "Harganya sekurang-kurangnya sepuluh kali ganda daripada harga gula kasar! Jika kita tidak gentar seseorang menikam kita dari belakang atau menginginkan ini, kita mungkin boleh menjualnya lebih dua puluh kali ganda."

Leylin tersenyum lalu mengangguk. "Maka, saya serahkan jalan untuk menjualnya kepada Ayah!"

Sebaik sahaja cara untuk menghalusi kiub gula ini memasuki pasaran, ia akan memberikan kesan yang besar. Mana mungkin Leylin setanding dengan Baron Jonas dari segi kesantunan sikap, mencari penyokong, memindahkan keuntungan dan mencari rakan kongsi yang menguntungkan dan yang sewaktu dengannya? Ayahnya merupakan pedagang yang berpengalaman luas.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter