webnovel

"Seorang pahlawan pangkat 6? Bapa saya pula bagaimana? Apa pangkat dia? Pangkat 15?" Leylin kelihatan sangat suci dan lemah. Lagipun, di dalam hati seorang kanak-kanak, ibu bapa adalah istimewa dan tidak ada tandingan.

"Pangkat 15?! Uhuk..uhuk..." Jacob hampir tercekik dengan air liurnya, "Tuan muda yang dihormati, Profesional melebihi pangkat 5 telah dianggap seorang bangsawan. Mereka yang melebihi pangkat 15 dilayani secara hormat yang melampau walaupun di antara lapisan masyarakat tertinggi. Terdapat hanya beberapa sahaja bangsawan sebegitu di benua ini..."

"Ooo, begitu?" Leylin mengusap dagunya. Dia pernah mendengar tentang pangkat ini ketika dia masih sebiji benih roh dan nampaknya selepas meminjam satu medium untuk digunakan, kekuatan benih rohnya boleh tahan juga.

Sudah tentu, tidak kira betapa kuatnya dia, dia tetap orang asing. Tiada apa yang dapat disembunyikan daripada keagungan para dewa dan dia dengan mudah akan dimusnahkan.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter