Sementara itu, sebuah kristal ajaib dilemparkan ke atas meja.
Leylin menyimpan Nafas Kala Jengking Jed Dingin di dalam tapak tangannya tanpa berniat untuk mengembalikannya.
"Ini hanya satu eksperimen ke?"
Magus berambut ungu itu berkata sambil tersenyum. Kristal ajaib di atas meja itu terbang ke dalam tangannya meninggalkan bayangan imej berwarna hitam yang berkelip-kelip.
Leylin merenung kosong ke arah wanita Magus itu seolah-olah apa yang dikatakannya itu benar.
"Baiklah!" Wanita Magus itu dengan elegan mengangkat jarinya di mana kukunya telah diwarnai dengan sap dafodil berwarna merah dan menyimpan kristal ajaib itu.
"Saya Celine! Awak boleh hubungi saya pada masa akan datang untuk maklumat lanjut mengenai Kala Jengking Jed Dingin. Ini cap rahsia saya!"
Dia kemudian menyerahkan cap rahsianya yang kelihatan seperti dafodil berwarna ungu kepada Leylin.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com