webnovel

"Walau bagaimanapun, ada berita baik!"

Apabila Leylin terfikir akan perkembangan masa depannya, dia perlahan-lahan melonggar ototnya.

"Bosain dan dua yang lain menyertai separuh jalan dalam pengembaraan ini. Menurut Jayden, Bosain juga menyembunyi pemergiannya dari keluarga dan akademi. Ini bermakna, keluarga Lilytel hanya akan tahu yang Bosain sudah mati, tetapi mereka tidak tahu di mana dia telah pergi ataupun siapa yang ditemui. Ini senario terbaik!"

Mengenai kehilangan Jayden?

Leylin langsung tidak kisah. Pertama sekali, Jayden bukan dibunuh olehnya. Dengan mengguna sihir Lie Detecting dan serupanya, dia langsung tidak takut. Kedua, Jayden hanya disokong oleh Profesor Dorotte. Latar belakangnya lebih kecil berbanding dengan tiga keluarga besar. Hanya berdasarkan mentor Leylin, Profesor Kroft, dia dapat menangani masalah ini.

Leylin memandang tebing itu untuk kali terakhir sebelum meninggalkannya tanpa berpaling.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter