webnovel

"Anna, Greem, Fraser, kamu bertiga datang ke bilik bacaan saya selepas makan malam!"

Melihat orang bawahannya yang tidak membantah, Leylin mengangguk dan berkata, "Buat masa ini, kamu boleh berseronok dahulu!"

Mereka bertiga mengangguk dan mengambil tempat duduk masing-masing. Bunyi alat kutleri kedengaran secara berterusan.

Sejak Leylin keluarkan arahan, dewan itu lebih senyap daripada sebelumnya. Walaupun majlis makan malam itu nampak mewah, orang ramai seolah-olah nampak berat hati.

Selepas makan malam, Leylin menerima lawatan daripada ketiga-tiga orang yang memang sudah tahu identiti sihirnya.

Greem dan Fraser memakai perisai kulit, yang nampak tegas. Anna pula memakai blaus potongan rendah, dan kelihatan lebih seksi.

"Kamu semua tahu yang saya seorang penyihir. Sekarang, saya akan mulakan perjalanan ke suatu tempat dan kerana beberapa sebab yang tertentu, saya terpaksa tinggalkan kamu di sini...."

Leylin duduk di belakang meja, sambil memberitahu hal ini kepada ketiga-tiga mereka dengan nada yang tegas.

"Pesanan di luar tadi hanya untuk orang lain untuk melihat. Mulai sekarang, Greem dan Fraser, kamu harus menjaga dan melayan Anna seperti mana kamu menjaga saya, adakah kamu faham?"

"Kami faham!" Greem dan Fraser mengangguk. Berbanding yang lain, mereka tahu betapa garangnya tuan mereka itu dan mereka tidak ada sebarang bantahan terhadap arahan Leylin.

Selepas menyuruh Greem dan Fraser keluar, hanya tinggal Anna dan Leylin di bilik bacaan itu.

"Tuan ... Tuan Muda!" Air mata mengalir dari mata Anna.

"Inti pati Bunga Mandara pada tubuh awak. Saya telah membuat penawar untuknya. Ini dia!" Leylin lebih lembut terhadap wanita kesayangannya.

Sambil berkata demikian, Leylin serahkan beberapa posyen dan sehelai manuskrip kulit kepada Anna.

"Ini ..." Anna membuka manuskrip itu, dan dia terkejut.

"Ini surat kuasa. Kamu akan uruskan semua pertubuhan saya di Bandar Malam yang Ekstrem. Lagipun, jika saya tidak kembali dalam tempoh sepuluh tahun, semua ini akan bertukar ke nama kamu!"

Leylin menyilang jarinya, "Tambahan lagi, Murphy dan Viscount Jackson merupakan saksi prosedur ini! Sekiranya kamu mendapat sebarang masalah di masa hadapan, kamu boleh cari mereka untuk sebarang bantuan!"

Harta benda sebegini bukan sesuatu yang sukar untuk Leylin kumpulkan. Sememangnya dia tidak keberatan untuk memberi harta-harta itu kepada Anna sebagai bekalan masa hadapan.

Lebih-lebih lagi, walaupun dia salah langkah dalam hal ini, ia bukan suatu masalah besar yang akan dikesali di hari nanti.

Lagipun, sekarang, Leylin hanya satu-satunya pembantu paderi di Akademi Abyssal Bone Forest. Menurut peraturan akademi, pembantu paderi tiada kebenaran untuk membawa pengikut atau pembantu mereka ke dalam akademi.

Ini antara perkara-perkara yang dia harus lepaskan pada masa hadapan, oleh itu, Leylin tidak menyesal berfikir mengenainya.

"Lagi satu, ini sengatan kala jengking padang pasir, alat untuk mengawal Greem dan Fraser. Kamu mesti menjaga kala jengking ini dengan hati-hati..."

Leylin serahkan kotak merah kepada Anna.

"Tidak!" Anna mengetap bibirnya, sebelum akhirnya memaju diri ke hadapan dan memeluk kedua kaki Leylin. "Tuan muda, jangan halau saya! Saya mahu sentiasa berada di sisi Tuan Muda tidak kira apa pun, boleh?"

Wanita muda itu memegang kaki Leylin dan air mata yang surih seperti mutiara meluncur dari wajahnya yang cantik itu.

Tubuhnya yang panas dan bergegar membalut kaki Leylin. Seseorang dapat melihat yang Anna telah menaruh keberanian yang melampau untuk mengucap kata-kata ini.

Leylin memandang Anna dengan lembut. Dia meraih tangan kanannya dan mengusap rambut dan bahagian belakang wanita muda itu..

"Saya minta maaf Anna. Destinasi saya amat berbahaya untuk kamu..."

"Tetapi..." Anna mengangkat wajahnya yang penuh dengan air mata seolah-olah dia ingin berkata sesuatu.

"Dengar betul-betul apa yang saya ingin cakap!" Tiba-tiba, wajah Leylin mengeras.

Melihat perangai tuannya yang begini, kesakitan dan penderitaan yang mendalam muncul dalam fikiran kerana membantah perintah tuan muda. Lagipun, Anna telah menjalani latihan perhambaan. Walaupun ini kaedah perniagaan hamba, jiwa Anna tergores.

"Ya, Tuan Muda!" Anna berhenti menangis dan memegang skrol dan kotak. Dia hanya memandang Leylin, seperti kucing yang telah ditinggal oleh pemiliknya.

Melihat gadis itu seperti ini, Leylin menarik beberapa posyen dari jubah dan memberinya kepada Anna. Lagipun, dia bukan seorang lelaki yang berhati batu.

"Ini posyen pemulihan, yang boleh menyembuh luka fizikal dengan cepat. Simpan ini dengan baik!"

"Selain itu, posyen ungu ini pula posyen jenis serangan. Sekiranya kamu menghadapi bahaya yang tidak dapat dikendali oleh Greem atau Fraser, gunakan posyen ini. Adakah kamu faham?"

Leylin menunjuk posyen ungu dan memberi arahan kepada Anna.

"Anna faham!" Matanya berubah merah. Dia tahu yang dia tidak boleh membantah perintah tuannya, jadi dia menyimpan posyen itu dengan baik.

"Hmm..."

Melihat tubuh Anna menghilang, Leylin mendesah dengan tiba-tiba.

Walaupun dia telah membuat banyak persiapan, dia tahu yang orang-orang ini akan tinggalkan dia pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, dia tidak menyesal. Ini semua manusia biasa tanpa sebarang kebolehan untuk menjadi penyihir. Mereka hanya mempunyai kegunaan yang terhad kepada Leylin pada masa akan datang.

Kemungkinan besar, satu-satunya kegunaan puak kecil ini hanya untuk Leylin berlindung di sebalik mereka untuk segala kegiatan eksperimennya. Walaupun begitu, ia tidak selamat langsung untuk Leylin.

Akhirnya, percayakan Anna bukan sesuatu yang buruk. Selain daripada inti pati Bunga Mandara pada tubuh Anna, semua sekatan lain yang ada pada tubuh Anna telah dikeluarkan oleh Leylin. Mulai sekarang, Anna akan menjadi manusia yang bebas.

"Saya harap selepas ini, kamu akan dapat hidup dengan bahagia!"

Mata Leylin memberi pandangan yang kosong.

Jika Anna tersekat di tangan ahli penyihir, dia akan menjadi alat untuk mereka lepaskan tenaga. Selepas mereka kehilangan minat, Anna akan berguna pula untuk eksperimen manusia. Disebabkan Anna telah mengikut Leylin sekarang, bukan sahaja dia bebas dari statusnya sebagai hamba, Leylin juga telah selamatkan dia daripada racun pokok Mandara Bunga. Dia juga memberi kedai manor dan ubat kepada Anna, jadi tidak kira apa yang akan berlaku seterusnya, yang pasti dia akan bebas daripada segala kesalahan!"

"Masalah yang runsing telah selesai. Yang tinggal sekarang hanya makmal eksperimen dan sel-sel di bawah tanah! Saya kena hapuskan mereka dengan segera tanpa sebarang jejak!"

Leylin berfikir dan bangun untuk pergi ke bawah tanah.

Ini kawasan terlarang yang dia telah tandakan. Anna dan dua Satria itu tidak berani turun ke sini dengan mudah.

Di bawah cahaya yang malap daripada obor, Leylin menarik keluar sebiji bola kristal. Tubuh orang tua dapat dilihat olehnya dari bahagian dalam bola kristal itu. Ekspresinya seperti orang gila dan dia nampak seolah-olah seorang yang ganas.

"Kita berjumpa lagi, Tuan Roman!" Leylin tersenyum dan sampaikan ucapan salam. Walau bagaimanapun, pada pandangan Roman, senyuman ini lebih teruk daripada syaitan.

"Jangan... Jangan datang!" Ekspresi muka Roman berubah-ubah, dan dia tersandar pada dinding bola kristal di belakangnya kerana ketakutan.

Walau bagaimanapun, Leylin dapat menangkap maksud ketakutan di sebalik muka Roman." Biar saya berikan berita gembira, dan berita buruk untuk kamu!"

Leylin telah meletak banyak alat di sebelah bola kristal dengan cekap, dan biarkan roh pendendam itu melepaskan jeritan ketika bercakap.

"Berita baiknya, saya akan pergi dari sini untuk seketika!" Sebelum roh pendendam itu memberi sebarang respon, Leylin tersenyum dan berkata, "Dan berita buruknya, awak akan mengikut saya walau ke mana saya pergi!"

" Oh! Tidak! Tidak! Saya mohon kepada kamu... "

" Baik! Kalau begitu, beritahu saya semua yang awak tahu!"

Pada awalnya, Roman secara semula jadi tidak akan bercakap apa-apa. Bagaimanapun selepas penyeksaan selama satu tahun, dia telah mula memberi beberapa maklumat.

Selepas pengisahan oleh roh pendendam ini, Leylin menggeleng kepalanya. "Nampaknya Tuan Roman masih mempunyai niat, oleh itu mari kita teruskan..."

Berikutan kenyataan Leylin, banyak jeritan memenuhi makmal eksperimen itu, seolah-olah raungan seseorang yang sedang menghadapi kematian. Walaupun roh pendendam ini telah menunjukkan tanda-tanda kerosakan mental sejak setengah bulan yang lalu, ia masih memberi maklumat yang kurang tepat kepada Leylin mengenai rahsia yang dia tahu.

Roh pendendam ini memberi banyak maklumat sekaligus, dan ia sangat rumit. Walau bagaimanapun, dengan adanya Cip A.I., Leylin dapat merakam semua kisah itu dengan cepat, dan menyusunnya secara sistematik.

Leylin menemui masalah ketika pengisahan dan penyusunan maklumat itu. Roman memberitahu hal-hal yang berkaitan pengetahuan umum dengan mudah. Walau bagaimanapun, Roman menipu dan menyembunyi banyak maklumat penting mengenai perkara-perkara yang penting dan berahsia.

Walau bagaimanapun, Leylin tidak kisah sama sekali. Ia masih memberi maklumat yang banyak setiap hari. Dia masih dapat mengumpul banyak maklumat melalui penapisan dan penyisihan Cip A.I..

Selain itu, dengan penyeksaan dan penyiasatan yang berterusan dan berpanjangan, Leylin percaya yang suatu hari nanti, pasti roh pendendam ini akan memberitahu segala-galanya dan berdoa untuk mati awal.

Selepas 'penyiasatan' harian selesai, Leylin pergi ke bilik-bilik lain di bawah tanah.

Di sini, pelbagai alat penyeksaan darah tergantung pada dinding. Di atas lantai, terdapat beberapa mayat yang mempunyai luka pada seluruh tubuh mereka, yang menyebabkan mereka hampir tidak dapat dikenal pasti sebagai manusia oleh sesiapa.

Cip A.I. mengimbas beberapa mayat dan memberi laporan mengenai tubuh-tubuh itu.

"Kadar ini agak tinggi dalam pembentukan roh secara semula jadi!" Leylin mengusap dagunya, "Jika saya mempunyai masa yang lebih, saya pasti dapat membentuk roh tiruan!"

Ia cara yang paling berkesan untuk membuat penyelidikan mengenai jiwa melalui penggunaan badan roh. Teori ini diterima oleh semua Magi Gelap.

Leylin hanya perlu simulasikan keadaan dunia luar secara berterusan, dan membentuk roh tiruan!

Sekiranya berita ini terbocor, reputasi Leylin akan menjadi buruk bagi perkembangan masa hadapannya. Dia akan terkenal dengan sifat keburukan dan kekejaman.

"Reputasi juga sejenis kelebihan! Walaupun saya tidak takut bagaimana orang melihat saya, namun Magi hanya berhasrat untuk berurusan dengan orang-orang yang mempunyai reputasi yang baik, bukan dengan seorang yang mempunyai reputasi yang buruk.

Leylin menyedut udara dengan banyak dan menyembur kuasanya ke atas mayat-mayat itu.

Dengan bunyi yang berdesis, mayat telah hancur dan berubah menjadi nanah yang berwarna kuning. Tidak lama kemudian, mereka menghilang tanpa jejak. "Walaupun saya telah hentikan eksperimen, dan agak menyesal mengenainya, ia bukan seolah-olah saya tidak mendapat sebarang keputusan!" Leylin hiburkan dirinya sendiri, "Sekurang-kurangnya, saya sudah memperoleh data yang cukup mengenai langkah terakhir Ajaran Akademi Lowian, terutamanya semangat kebangkitan!"

Mengenai posyen-posyen kuno yang lain, Tears of Mary, Leylin masih belum menemui sebarang petunjuk mengenainya.

Next chapter