webnovel

Pemeriksaan Semula

Editor: EndlessFantasy Translation

"Cip A. I.! Tunjukkan statistik semasa saya!" arah Leylin.

[Beep! Leylin Farlier, pembantu paderi tahap 3. Kekuatan: 3.1, Ketangkasan: 3.3, Daya Tahan: 3.5, Kuasa rohani 10.1, Kuasa ajaib: 10 - (Kuasa ajaib bersegerak dengan kuasa rohani). Status: Sihat]

Cip A. I. menayangkan data itu di depan mata Leylin. Tiada sesiapa yang boleh nampak selain daripada dia.

Leylin menutup matanya, tetapi mindanya memproses dan berfikir dengan cepat.

"Eh! Kecergasan saya telah meningkat sebanyak 0.3, yang boleh dikaitkan dengan penggunaan Eliksir Reaktif. Selain itu, bukan sahaja kekuatan rohani saya telah meningkat menjadi 10.1, saya dapat merasa kekuatan rohani saya mempunyai lebih tenaga daripada dahulu. Pengamatan saya terhadap partikel tenaga di udara juga telah meningkat, jadi melaksanakan sihir pangkat 0 akan menjadi lebih mudah!"

"Alam seorang pembantu paderi tahap 3 memang sesuatu yang tidak boleh dibandingkan dengan pembantu paderi tahap 2. Walau bagaimanapun, proses untuk mencapai kemajuan terlalu berbahaya!"

Leylin masih merasai ketakutan. Tidak kira sama ada dari segi kesedarannya terperangkap dalam ruang gelap itu, atau tindak balas daripada Eliksir Reaktif, semua itu bukan perkembangan yang dia jangkakan.

Bagi Leylin, semua data dan maklumat yang telah diperolehinya masih belum cukup. Walaupun dengan kebolehan pengiraan Cip A. I. yang menakjubkan, tanpa maklumat asas, cukup baiklah dia dapat menjalankan menjalankan simulasi kemajuan teknik yang betul.

Berkenaan halangan yang dihadapinya semasa kemajuan, kerana pelbagai perbezaan kecergasan antara orang serta kekurangan maklumat, Cip A. I. juga tidak dapat meramalkannya.

"Lagipun, di dalam perpustakaan Akademi Abyssal Bone Forest yang terbuka kepada para pelajarnya, maklumat di situ terhad. Beberapa maklumat tahap tinggi tidak dikeluarkan untuk dibaca oleh pembantu-pembantu paderi!"

"Walaupun kebolehan pengiraan Cip A. I. boleh dibandingkan dengan 10 komputer hebat, Dunia Magus mempunyai sekurang-kurangnya sejarah berusia berpuluh ribu tahun. Beratus ribu eksperimen, hasil dan model akan melampaui kebolehan pengiraan Cip A. I.!"

"Kemajuan kali ini sememangnya agak bertuah dan nasib memain peranan yang penting!"

Muka Leylin bertukar serius, "Saya tidak boleh teruskan seperti ini lain kali! Ini hanya untuk menjadi pembantu paderi tahap 3! Pada masa akan datang, apabila saya mahu menjadi seorang Magus rasmi, saya tidak akan bernasib baik jika perkara sebegini berlaku lagi!"

Kesukaran kemajuan daripada seorang pembantu paderi tahap 3 kepada seorang Magus rasmi melebihi kemajuan seorang manusia biasa kepada pembantu paderi tahap 3.

Dan kalau terdapat beberapa kesilapan atau kekangan kerana kecuaian pada masa itu, walaupun Leylin mempunyai beberapa nyawa, itu masih tidak cukup untuk menyelamatkannya.

"Selepas pulang, saya mesti banyak bertanya untuk mendapatkan maklumat mengenai kemajuan menjadi seorang Magus rasmi, dan tidak cuba melakukannya dengan membuta tuli lagi!"

Leylin memberi misi ini kepada dirinya untuk masa depan.

"Seterusnya, saya harus tunggu sehingga dapat menyesuaikan diri dengan peningkatan kekuatan rohani yang tiba-tiba, dan mengumpulkan sihir-sihir pangkat 0 yang hanya boleh dipelajari oleh pembantu-pembantu paderi tahap 3. Kemudian saya akan kembali ke makmal itu untuk memeriksa tempat itu semula."

Leylin membuka matanya dan menyuruh Anna serta dua orang gajinya pergi. Selepas membuat bulatan amaran dengan formasi sihir, dia mengheret badannya yang lelah ke atas katil dan tidur.

...

Dalam sekelip mata, setengah bulan telah berlalu.

Malam itu cahaya bulan yang terang menyinari tanah. Malam bulan purnama berlaku sekali lagi.

Berhampiran kawasan hutan yang layu itu, di sebelah batu granit hitam besar, Leylin menggugam jampian dan mengulang proses yang sama seperti dahulu.

Melihat lubang gua gelap yang sama, Leylin tersenyum dan berjalan masuk.

Selepas permerhatian dari pengembaraannya sebelum ini, dia sudah agak faham peraturan yang mengawal formasi sihir itu. Lebih-lebih lagi, dia telah merakamkan semua bahaya di dalam tempat itu dan mempunyai cara untuk mengatasi semuanya.

Tambahan pula, dia telah menjadi pembantu paderi tahap 3 dan mempunyai lebih keyakinan untuk memecahkan mekanisme pertahanan yang diletakkan oleh Magus yang tidak dikenali itu.

Laluan terowong gelap itu sangat pendek, dan permukaannya yang berkilat memantulkan bentuk badan Leylin yang memakai jubah. Pantulan itu turut terlihat daripada pelbagai sudut di dinding di belakang Leylin.

Vila yang Leylin nampak dahulu ada di sebalik terowong ini. Akar Syaitan dan Bunga Pemakan Tulang masih berselerak di merata lantai. Terdapat juga pelantar kelabu di atas lantai dan di dalamnya adal Pelantar Membaham itu.

Terdapat lubang bulat pada pintu vila. Di sebelahnya terdapat satu mayat dengan buku harian hitam di sampingnya. Melihat buku yang mengandungi rekod Alkimia, jantung Leylin mula berdebar dengan cepat.

Di mata Leylin, bahagian luaran vila dibina dengan lingkaran cahaya bahaya yang berasal daripada sihir mantera dan tidak diketahui berapa banyak perangkap yang tersembunyi di bawah cahaya itu.

*Hehe! Haha!*

Ketika kaki kanan Leylin memijak pelantar batu itu, terdengar suara ketawa seorang budak. Pelantar di atas lantai itu terbuka dan mendedahkan mulut bergigi tajam yang cuba menggigit Leylin dengan ganas!

"Pertahanan pertama! Pelantar Membaham!" Leylin tersenyum dan melempar segumpal barang berwarna hitam ke dalam mulut yang besar itu.

* Ka-cha * Mulut besar itu menelan jisim hitam yang dilempar padanya.

* Pu! * Mulut kelabu itu mengunyah dan dengan segera meludah keluar sisa hitam. Lidah merah dijelir-jelir secara berterusan dan meludah keluar cecair berwarna hijau kekuningan.

Keadaan ini kelihatan seperti seorang manusia yang termakan sesuatu yang jijk dan meludahnya keluar.

"Bunga Stinky Stench, Tahi Mantis Carapace, dan Rumput Rotten Stemmed ialah kandungan serbuk muntah ini! Serbuk ini sememangnya kelemahan Pelantar Membaham!" Leylin memandang pelantar kelabu itu muntah lagi kemudian segera membentuk dua kaki kecil untuk melarikan diri. Senario ini membuatkan Leylin ketawa.

"Bagi Magus yang tidak dikenali itu, tempat ini pasti makmal sementara memandangkan sihir yang digunakan cenderung ke arah penyembunyian. Dari segi halangan pula, sepatutnya hanya ada 3 lapisan! Lebih-lebih lagi, penggunaan gabungan Pelantar Membaham, Akar Syaitan dan Bunga Memakan Manusia ialah langkah pertahanan yang digunakan oleh Sekolah Pemikiran Michael!"

Leylin berjalan ke arah pintu depan dan dengan segera mengutip buku harian hitam itu dengan tangannya.

Buku itu teramat berat, seolah-olah mengangkat batu-batu. Nampaknya, ia dibuat dengan bahan istimewa.

Lelyin menyimpan buku harian itu di dalam jubahnya dan berjalan ke pintu yang besar.

Akar hitam hijau dengan segera menyelubungi pintu itu, dan banyak kelopak bunga berwarna merah tumbuh padanya. Kelopak bunga itu bercantum dan membentuk muka seorang gadis.

"Penceroboh! Kamu tak seharusnya datang ke sini!" Kelopak bunga itu bergerak-gerak ketika gadis itu bercakap.

"Magus di sini sudah mati, saya akan mewarisi kekayaannya! Saya akan pastikan kamu terus wujud dan memberikan kamu semua makanan yang diperlukan untuk kamu berevolusi. Bagaimana?"

Leylin mengeluarkan buah berwarna merah dari begnya, "Untuk kamu, seluruh makmal eksperimen ini tidak boleh dibandingkan dengan ramuan yang ada dalam tangan saya!"

"Dengan cara ini, kamu mungkin boleh meninggalkan tempat ini pada masa depan dan mendapat semula kebebasan kamu. Kamu boleh dengan kembali ke hutan tempat asal kamu…" Leylin berkata dengan lembut.

"Kebebasan!" Keraguan dan pertimbangan terpancar di wajah gadis itu.

"Saya tidak boleh mengkhianati janji saya sebelum ini! Orang luar, tolong pergi!" Gadis itu bergelut, tetapi masih menolak cadangan Leylin. Akar hijau bergeliang-geliut dengan berterusan seolah-olah akan menyerang pada bila-bila masa.

Leylin menyimpan semula buah itu ke dalam begnya dan mengeluh, "Saya sangkakan saya tidak perlu menyerang!"

"Penceroboh degil, ini akan berakhir dengan kematian kamu!"

Bungai Pemakan Tulang itu melaung, kali ini bertukar menjadi muka seorang lelaki, dan banyak akar hitam meluru keluar dengan serta-merta.

* Bang! * Bayang hitam itu meluru ke hadapan, dan Leylin membongkok. Akar tebal itu terhempas ke atas lantai dan kepingan batu terbang di udara, mendedahkanlubang yang besar.

"Jangan terlalu mengikut kata hati, bagaimana kalau kamu rosakkan makmal eksperimen ini?"

Satu cahaya hijau menyinar ke arah akar di udara, bertukar menjadi bebola cahaya dan menyelubungi bunga dan akar itu sepenuhnya. Kelajuan serangan akar itu menurun.

Leylin mengerutkan keningnya dan mengeluarkan serbuk hitam dari begnya sebelum menaburkan serbuk itu ke atas tanah.

Ketika dia menabur serbuk itu, Leylin cepat-cepat membaca jampi.

"Penceroboh! Mati!" Wajah manusia yang terbentuk daripada kelopak bunga itu mengaum, dan berubah secara berterusan, kadang-kala bersuara seperti lelaki, dan kadang-kala mempunyai wajah seorang gadis.

*Bang! Bang! Bang!*

Akar hijau kehitaman itu meneruskan serangan dan menyebabkan banyak lubang terbentuk pada dinding sekeliling gua.

Leylin bergantung kepada statistik seorang Satria untuk mengelak dan membaca jampi tanpa henti.

Akhirnya, selepas Leylin berlari mengeliling vila, kawasan sekitar ditaburi serbuk hitam itu.

Ketika ini, dia berhenti membaca jampi. Leylin menudingkan jari pada wajah manusia itu, "Pergi ke neraka! Awan Akhirat!"

*Boom!*

Serbuk hitam itu melarut dengan berterusan, bertukar menjadi gas dan membentuk awan hitam yang menyelubungi seluruh vila itu.

*Sssii!* Kedengaran bunyi dari dalam, membuatkan Leylin teringat kembali proses pereputan tumbuhan pemakan manusia.

Awan hitam itu menjadi lebih padat, akhirnya menghalang dia melihat apa yang sedang berlaku di dalamnya

Tetapi, bunyi Bunga Pemakan Tulang itu semakin berkurangan dan akhirnya sunyi. Yang tinggal hanya bunyi pereputan, bunyi yang membuatkan seseorang berasa ngeri.

5 minit kemudian, awan hitam itu lenyap dan mendedahkan semula vila itu.

Pada ketika ini, permukaan vila itu telahpun berkarat teruk dan seolah-olah akan runtuh pada bila-bila masa.

Akar Syaitan dan Bunga Pemakan Tulang telah lama lenyap dan hanya meninggalkan beberapa sisa.

"Sihir yang zalim! Awan Akhirat, sihir pangkat 0 yang akan boleh digunakan oleh seorang pembantu paderi tahap 3. Setiap penggunaan memerlukan 5 kekuatan rohani dan 5 tenaga sihir, tetapi sihir ini berbaloi!"

Leylin menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju.

Dengan satu kegunaan Awan Akhirat, bukan sahaja Akar Syaitan dan Bunga Pemakan Tulang lenyap. Vila itu juga mengalami karat yang teruk dan hanya meninggalkan sebahagian pertahanan yang tidak lagi dianggap sebagai ancaman pada Leylin.

Tambahan pula, Awan Akhirat ini ialah sihir elemen bayang dan gelap yang paling kurang merosakkan. Sihir ini dipilih khas oleh Leylin untuk menghapuskan formasi sihir vila dan pada masa yang sama, mengekalkan binaan vila.

"Cuma... Vila ini sudah berkarat dan tidak dapat bertahan lama!"

Leylin berjalan ke hadapan dan mengetuk pintu kayu. *Crash!* Pintu kayu itu terus hancur dan jatuh ke tanah.

Next chapter