webnovel

Sebuah Jamuan

Editor: EndlessFantasy Translation

Sinaran matahari yang indah menerangi laluan dengan cahaya keemasan. Berjalan atasnya seolah sedang berjalan atas jalan berturap emas.

Hari ini Leylin memakai pakaian upacara rasminya. Dia dapatkan Greem sebagai pemandu peribadinya ke villa Murphy.

Begitu juga dengan Murphy yang memakai pakaian upacaranya dan memegang sebatang rotan hitam sambil menunggu. Sebaik sahaja ternampak Leylin, mukanya yang berkedut mendedah ekspresi yang gembira, "Selamat datang, kawan saya!"

"Maafkan saya kerana terlewat!" Leylin berkata melalui tingkap kereta kudanya,

"Belum tiba masanya lagi, saya hanya keluar menunggu dengan lebih awal!" Murphy memasuki kereta kuda itu dengan bantuan orang gajinya. Dengan sebatan kekang tali kuda, Greem memandu kereta kuda itu menuju ke pusat bandar.

"Jamuan tuan bandar akan berlangsung hari ini. Dia telah menjemput kamu sekali. Lagipun, sebagai pemilik, dia berasa ingin tahu terhadap mana-mana tetamu yang mempunyai kekuatan…" Ayat Murphy tergantung.

"Faham!" Leylin menjawab. Sebagai seorang yang memerintah sebuah bandar, bertemu dengan Leylin hanya selepas beberapa hari sejak dia tiba dalam bandarnya agak mengejut.

"Adakah kamu berasa bosan?" Murphy sedar akan kelakuan Leylin yang tidak peduli.

"Secara jujur, saya tidak biasa dengan pergaulan sosial. Saya lebih suka berada di dalam makmal eksperimen saya…" Leylin senyum sambil ketawa.

"Haha…" Murphy ketawa mesra. "Saya mempunyai perasaan yang sama sekali apabila saya masih lagi muda! Tapi, kamu kena belajar menikmati kehidupan, lelaki muda! Berbanding dengan eksperimen yang bosan, makanan lazat dan gadis yang tidak terkawal kadangkala boleh membawa kegembiraan!"

Leylin mengangguk. Ini perbezaan kehidupan seorang ahli sihir yang telah bersara dan seorang yang baru maju.

Murphy tidak lagi mempunyai cara-cara untuk maju sebagai seorang Magus, jadi dia hanya boleh mengalih semangatnya terhadap perkara-perkara lain. Bagi Leylin pula, dia masih lagi mempunyai banyak pilihan, jadi secara semula jadi dia akan mengguna masanya untuk berkembang-bukan membazirnya dalam perkara yang biasa.

"Bergembiralah! Terdapat beberapa rakan yang ingin saya memperkenalkan kepada awak…" Murphy tersenyum lembut.

"Adakah mungkin mereka…?" mata Leylin berkilau.

"Betul! Mereka juga pembantu-pembantu paderi seperti kita, dan mereka lebih muda daripada saya. Kamu mungkin mempunyai minat yang sama untuk berbual mengenainya."

"Saya dah mula teruja dengan jamuan ini!" Bibir Leylin melebar dan tersenyum.

Istana tuan bandar berada di tengah-tengah Bandar Extreme Night. Terdapat dua barisan pengawal yang lengkap dengan senjata hitam sedang menjaga istana itu.

"Itu Penjaga Besi Hitam yang berkhidmat untuk Tuan Bandar Extreme Night, Viscount Jackson. Mereka pernah menewaskan pasukan askar 500 orang berbanding dengan 100 dari mereka.

"Selepas turun dari kereta kuda itu, Murphy memperkenalkan Leylin.

Leylin memandang persekitarannya. Terdapat beberapa lagi kereta kuda lain di dalam kawasan ini. Dari semasa ke semasa, tuan-tuan yang berpakaian mewah dan gadis-gadis bergaun pendek akan turun.

Nampaknya Murphy mempunyai reputasi yang agak baik di kalangan bangsawan berdasarkan sambutan untuknya di mana Murphy menjawab dengan gembira. Mereka juga berbual sementara sebelum bergerak.

Sebaik sahaja melihat Murphy, pengawal pintu tergesa-gesa masuk. Tidak lama kemudian, suara yang kuat kedengaran dari dalam.

"Murphy, kawan saya! Awak sudahpun tiba!" Bersama dengan suara itu, seorang lagi yang setengah baya melangkah keluar dari istana itu. Para bangsawan dan askar di sekeliling memberi penghormatan. Nampaknya lelaki ini adalah Tuan Bandar Extreme Night, Viscount Jackson.

Ketinggian Leylin di kawasan kepantaian selatan kelihatan sebagai sederhana, tapi Si Viscount Jackson ini lebih tinggi daripada dia sebanyak dua kepala. Dia mempunyai ciri-ciri barat klasik dan dahi yang amat luas. Dia juga mempunyai rambut sisi yang sangat panjang.

Jackson memeluk Murphy dengan ketat. "Jackson yang kecil sentiasa bertanya tentang awak!"

"Saya juga rindu akan budak comel itu. Dia salah seorang yang paling bijak di kalangan murid saya!" Murphy berkata.

"Ini kawan baik saya dari tempat yang sangat jauh, Tuan Leylin Farlier!" Murphy memperkenalkan Leylin kepada Viscount Jackson.

"Bandar Extreme Night mengalu-alukan kamu!" Jackson menghampiri Leylin, dan membuka tangannya untuk memeluk Leylin.

Senyuman Leylin agak kaku, yang disembunyikan dengan segera.

Pada masa ini, perhatian dia teralih kepada statistik yang ditunjuk oleh Cip A.I.

[Jackson. Kekuatan: 7.9, Ketangkasan: 4.5, Daya Tahan: 6.3, Kuasa rohani: 3.5. Status: Sihat. Manusia ini dianggap berbahaya, dicadangkan tuan badan menjarak diri dari orang ini sebanyak 50 meter.]

"Statistik ini hanya boleh dicapai oleh seorang Satria Anggun!" Anak mata Leylin mengecut.

"Kecergasan seorang Satria Anggun amat tinggi. Dan, selepas pengaktifan dan dorongan tenaga jiwa dalaman mereka, mereka telah melepasi kesesakan yang menghalang kebanyakan manusia. Lebih-lebih lagi, mereka juga telah mengembang daya ketahanan yang sedikit terhadap sihir pangkat 0." Leylin mengingat kembali keterangan yang dia pernah baca.

"Baik sekali! Kamu juga seorang Satria, bukan?" Tuan Jackson terasa sedikit terkejut dengan kekuatan Leylin, dan dia memandang Leylin dengan lebih mesra sekarang.

"Saya hanya baru maju, dan tidak sekali pun menghampiri tuan!"

Leylin berkata dengan rendah diri dan mengarah Cip A.I., "Cip A.I.! Tunjuk saya simulasi perlawanan saya dengan tuan bandar Jackson."

[Beep! Menubuhkan parameter, memasukkan data, mensimulasikan senario pertempuran, meramal hasil…]

Skrin lampu yang besar berkilau secara berterusan, dan hasilnya: [Simulasi perlawanan lengkap. 50 meter dan ke atas, kadar kemenangan Tuan Rumah 89.8%. Antara 20 ke 50 meter, kadar kemenangan Tuan Rumah 58.7%. Bawah 20 meter, kadar kemenangan Tuan Rumah 33.9%!]

"Seperti sangkaan, kekuatan fizikal seorang Satria Anggun amat mengejutkan. Mereka mampu mendekati seorang ahli sihir sebelum sihir terlaksana. Kalau ahli-ahli sihir tidak menjauhkan diri, mereka pasti akan kalah!"

Ekspresi Leylin tidak berubah sambil berjalan bersama-sama Murphy ke dalam dewan istana.

Dengan jelasnya, dewan besar itu dihias oleh mereka untuk majlis ini. Lantai batu marmar dewan itu begitu licin sampai dapat melihat bayangan orang yang berjalan melaluinya.

Sebuah candelier emas tergantung dari tengah bumbung dewan besar itu. Ia penuh dengan lilin yang menyala melalui kristal berwarna di sekelilingnya sambil mengeluarkan cahaya berwarna-warni.

Di sisi dewan besar itu pula, ahli-ahli muzik berpakaian mantel yang lebar sedang memainkan lagu yang tenang.

Kawasan itu penuh dengan meja panjang yang bertutup dengan kain putih. Pelbagai jenis buah-buahan dan daging barbeku terhidang atas pinggan-pinggan emas dan perak di atas meja-meja panjang itu. Di sebelahnya terdapat kelalang dan botol besar yang mengeluarkan bau aroma wain yang kuat.

Terdapat juga para bangsawan yang sedang menari mengikut rentak muzik di tengah ruang dewan yang luas itu.

"Nampaknya seperti jamuan dengan bufet sebagai hidangan sampingan!" Leylin mengangguk.

"Pergilah mencari keseronokan! Saya perlu menyapa beberapa kawan lama saya!" Murphy berkata kepada Leylin.

"Dipersilakan!" Leylin memberi isyarat dengan kepalanya sebagai tanda bersetuju. Dia kemudian mengambil secawan wain anggur merah dan duduk di atas sofa yang berdekatan.

Tidak lama kemudian, dia ternampak Murphy bersama beberapa gadis yang berpakaian menjolok mata. Mereka memasuki bilik sampingan yang kecil, yang membuat dia tergamam.

"Dia begitu tua dan masih lagi berpura-pura kuat, bolehkah dia berjaya?"

"Adakah awak kisah kalau saya duduk di sebelah awak?" Sebaik sahaja Leylin memikirkan benda yang tidak senonoh, suara yang elegan berbunyi dari sisinya.

Leylin mengangkat kepalanya dan ternampak seorang gadis bergaun ungu. Dia berambut emas yang panjang hingga ke bahunya seperti air terjun; kulitnya juga berwarna putih susu.

Melihat sekelilingnya, Leylin mendapati dia keseorangan. Leylin mempunyai penampilan yang agak baik dan pastikan dia sentiasa kelihatan bersih, yang memboleh dia menarik perhatian beberapa gadis muda.

"Tentu sekali saya tidak kisah!" Leylin tersenyum dan berbual dengan gadis muda itu dengan senang hati.

Bagi dia, gabungan kenangan dia dari hayatnya yang lepas dan kenangan pemilik badan ini memudahkan dia untuk bergaul dengan gadis muda ini.

Tidak lama kemudian, gadis muda itu terpesona dengan cerita dongeng Leylin.

"Haha... Haha, berlari sambil telanjang di atas jalan raya? Dia benar-benar berbuat demikian?" Gadis muda itu hilang sikap elegan dengan sepenuhnya; dia ketawa dengan kuat tanpa mempeduli sikapnya yang lembut. Ini telah menarik perhatian dan pandangan daripada orang orang yang berdekatan.

"Maafkan saya kerana mengganggu kamu Leylin! Tapi, kawan-kawan kita sudahpun sampai!"

Murphy sambil beberapa bangsawan perempuan yang dia tadi bergaul dengan, berjalan menuju Leylin. Dengan aneh sekali, pakaian dia masih kemas dan rapi, yang membuat Leylin terkejut.

"Baik, saya harus pergi!" Leylin berdiri seolah terpaksa bangun dari sofa itu.

"Ini... Tuan! Selepas berbual untuk begitu lama, saya masih belum dapat tahu nama awak?" Gadis muda itu menampar dahinya.

"Leylin Farlier, kamu boleh panggil saya Leylin!"

"Saya... saya Alicia, rumah saya berada di Jalan Utama Cecelia, 34. Awak dialu-alukan untuk datang bermain pada bila-bila masa!"

"Haha, saya tidak terfikir kamu diingini oleh gadis-gadis!" Selepas kedua mereka beredar, Murphy mempermainkan Leylin.

"Hanya gadis muda yang suka mendengar cerita-cerita. Adakah mereka sudah sampai?" Leylin bertanya.

"Sudah, ikut saya!"

Murphy berkata, dan membawa Leylin ke dalam bilik kecil di sebelah dewan tarian.

Terdapat beberapa pembantu paderi yang menunggu di dalam bilik itu. Leylin dapat mengesan gelombong tenaga mereka kepunyaan Pembantu-pembantu paderi tahap 1 atau tahap 2.

Murphy dengan jelas mempunyai kedudukan yang tertinggi di kalangan mereka. Apabila di masuk bilik itu, pembantu-pembantu paderi itu berdiri untuk menjemputnya.

"Baik!" Murphy memandang mereka, "Biar saya memperkenalkan rakan yang baru kepada kamu semua! Leylin, yang berasal dari kawasan barat..."

Selepas Leylin memperkenalkan dirinya, dia bertanya Murphy, "Adakah perhimpunan sebegini akan memberi masalah?"

"Jangan risau, Jackson membela beberapa Beastmen dan hidung mereka lebih sensitif daripada seekor anjing. Dia sudah lama mengenal pasti identiti kita semua. Ia cuma kita tidak bersuara dengan terus-terang!"

Seorang pembantu paderi berjerawat bersuara, mengambil sebuah botol perak dan minumdari masa ke semasa.

"Oh! Mayflower, Mayflower saya!" Pada masa ini, cungapan seorang lelaki kedengaran.

"Oh! Baby! Begitu hangat, begitu baik!" Keluhan seorang gadis mengikut selepasnya.

Nampaknya terdapat sepasang yang sedang berasmara di bilik sebelah.

Wajah Murphy bertukar gelap. Dia dengan segera mengayun tangannya dan tenaga yang lemah meliputi bilik itu untuk menghalang bunyi dari dunia luar. "Ini satu tragedi, satu tragedi!" Muka tua dia mencerminkan rasa malu.

Leylin hampir pengsan, dan terdapat suara yang berulang di dalam mindanya. "Baik! Saya tidak harus harapkan kumpulan pembantu paderi ini. Mereka hanya segelintir sampah yang sudah hilang keinginan dan kecermatan!"

Next chapter