webnovel

Pasar Ellinel

Editor: EndlessFantasy Translation

Setelah api hijau itu padam, apa yang tinggal hanya timbunan debu putih.

Ekspresi Leylin sangat serius apabila dia mengais debu itu. * Hu! * Debu itu berpusar di udara, berubah menjadi wajah wanita, "Musuh! Musuh!"

"Patogen ini mempunyai racun jiwa yang kesedihan, itu sebabnya ia begitu kuat!" Leylin menggeleng kepalanya, keluarkan posyen berwarna hijau, dan memerciknya ke wajah wanita itu.

* Sssii! * Wajah manusia itu dengan cepat berubah menjadi kabus putih, dan hilang sepenuhnya ke udara yang tipis.

"Cip A.I., mulakan imbasan!" Leylin memberi perintah.

[Bip! Imbasan telah selesai. Keputusan: Patogen di dalam tubuh Tuan badan telah terhapus sepenuhnya!]

Mendengar Cip A.I., kelegaan terpancar di wajah Leylin.

Dia meregang badannya dengan malas dan menyentuh bekas luka pada tubuhnya, "Ini nampak buruk! Kalau Neela melihat luka ini, apakah ekspresi wajahnya?"

Selepas menggeledah peti besar, dia terjumpa satu posyen dan minumnya sampai habis.

Beberapa minit kemudian, lapisan kulit Leylin bergetar dan memaksa lapisan parut dan kulit mati itu berganti menjadi kulit yang licin.

"Sebaik sahaja saya menyingkir patogen itu, saya hanya perlu beberapa posyen lain untuk penyembuhan parut pada kulit saya!"

Leylin menyentuh parut yang semakin pudar itu, "Saya rasa parut-parut ini akan hilang sepenuhnya selepas satu dos lagi!"

Leylin kemudian keluarkan saki-baki tapak kaki beruang hitam yang malang itu dan masak makanan yang sedap untuk dirinya.

Ketika dia sedang menikmati makan dan minumnya sehingga kenyang, langit di luar pula semakin redup. Leylin menyalakan api kecil di dalam gua dan mula berfikir mengenai perjalanannya.

"Doris akhirnya lupus juga. Tidak ada mana-mana pengejar yang lain, jadi saya dapat berehat dengan mudah ketika perjalanan nanti!"

"Misi akademi tidak begitu penting. Lagipun, saya mempunyai 3 tahun untuk menyelesaikannya. Bagaimana agaknya akademi sekarang?" Walaupun Leylin boleh bertanya mengenai Akademi Abyssal Bone Forest di pasaran hari ini, dia tidak berani untuk berbuat demikian.

Siapa tahu jikalau ada pengintip di persekitaran. Sekiranya dia dedahkan identiti kepada dunia luar, tidakkah ia seperti masuk ke dalam perangkap sendiri?

Dia hanya boleh menunggu sehingga dia mengembara separuh kerajaan sebelum dia boleh mula membuat sebarang pertanyaan tentang akademi.

Perkara yang begitu besar pasti akan menjadi topik hangat di mana-mana perhimpunan Magi. Dia hanya perlu berhati-hati untuk tidak mendedah sebarang maklumat tentang dirinya sendiri.

"Semua ini boleh dibincang kemudian, apa yang penting sekarang ialah mengubah semua posyen kepada kristal ajaib dengan cepat. Ia terlalu sukar untuk membawa semua peti besar ini!"

Leylin menepuk peti kayu yang kukuh itu. Dia memikirkan hari-hari ketika kuda coklatnya kelihatan seperti ia akan mati pada bila-bila masa sahaja dan tersenyum pahit.

"Saya tidak boleh pergi ke pasaran keluarga Walker lagi. Lagipun, saya baru sahaja menjual sejumlah posyen di sana!"

Leylin secara mental memanggil peta dan meletak lokasi terkininya.

"Dari akademi ke Wilayah Eastwoods, saya perlu merantau melalui 5 wilayah lain. Saya boleh menjual posyen di sepanjang jalan. Sekurang-kurangnya, saya boleh menjual posyen sehingga Wilayah Jersha."

Di peta, Wilayah Jersha terletak di pertengahan destinasinya. Terdapat dua lagi wilayah yang memisahkan Wilayah Eastwoods dari situ.

Sekiranya dia menjual posyennya sepanjang perjalanan ke Wilayah Eastwoods, bukankah itu bermakna dia akan mendedahkan laluan dan tujuannya? Leylin tidak begitu bodoh untuk berbuat demikian.

Walaupun dia menjual barang-barangnya di sepanjang jalan, yang lain mungkin tidak dapat menemunya. Lagipun, banyak perdagangan yang berlaku setiap hari. Walau bagaimanapun, Leylin mesti berhati-hati dalam menjaga jejaknya.

Bagi Wilayah Jersha, ia berada di kawasan tengah Kerajaan Poolfield dan boleh diakses oleh semua pihak. Orang lain tidak akan dapat meneka destinasi Leylin.

"En!" Bagaimanapun, masih ada masa. Jika perlu, saya boleh mengubah semula perjalanan saya untuk merantau jauh lagi. Dalam apa jua keadaan, saya mesti berhati-hati dalam menjaga identiti saya!"

Leylin melihat titik yang bertanda sebagai tempat perkumpulan Magi dan dengan mendalam...

Dua bulan ganjil berlalu.

Ketika perjalanan ke Wilayah Jersha, kuda hitam yang kuat membawa peti kayu dan lelaki berjubah hitam kelihatan di sepanjang jalan.

Lelaki berjubah hitam itu mempunyai rambut merah terang dan kelihatan sangat kacak.

Ini merupakan Leylin dalam penyamarannya.

Sejak itu, ketika pengembaraan Leylin , dia jumpa beberapa tempat perhimpunan Magi atau beberapa tapak perdagangan berskala kecil dari masa ke masa, di mana dia menjual posyen yang dibancuh olehnya.

Oleh kerana dia hanya menjual beberapa posyen setiap kali, dia tidak menarik minat pakar-pakar lain. Kadang-kala, beberapa pembantu paderi yang bodoh dan tamak akan menyerang hendap Leylin tetapi mereka bukan lawannya. Insiden paling berbahaya yang dihadapi apabila seorang pembantu paderi tahap 3 membawa sekumpulan pembantu-pembantu paderi yang lain untuk memerangkapnya. Namun, Leylin berjaya mengelak mereka dengan bantuan keupayaan pengesanan Cip A.I..

Melalui perdagangan ini, dia memperoleh beberapa bahan berharga, dan banyak buku mengenai ilmu Magi yang khusus, yang turut meningkatkan bank data Cip A.I..

Dalam tempoh dua bulan yang lalu, dia akhirnya mencatat semua model sihir Elemen Bayangan dan Kegelapan yang dibeli oleh Leylin sebelum ini. Dia kemudian memusnahkan kandungan buku itu.

Ini telah mengurangkan beban bagasinya.

Setelah Leylin habis menjual sebahagian besar posyen dan menyingkir buku-buku mantera yang tidak terkira, dia akhirnya dapat menyimpan semua barangannya dalam satu peti sahaja.

Menurut anggaran Leylin, dia hanya dapat mengembara dengan senang setelah habis menjual saki-baki posyennya.

"Saya telah memandang rendah akan sambutan orang ramai terhadap posyen. Sekarang, saya telah mengumpul lebih dari 2,000 kristal ajaib. Jika bukan untuk membeli maklumat atau barangan lain, saya mungkin telah mengumpul kristal ajaib sebanyak 2,500 atau lebih!"

Leylin meregang tangan sambil menyentuh jubahnya. Tangannya meraba satu karung yang tebal dan tersenyum.

"Nasib baik terdapat kristal ajaib bermutu tinggi di Dunia Magus ini. Satu kristal ajaib boleh memberi keuntungan sebanyak 100 kristal ajaib biasa. Jika tidak, saya akan menghadapi masalah untuk membawa kesemua kristal-kristal ajaib itu... "

"Cip A.I., kemaskini stat!" Leylin memberi perintah.

[Bip! Leylin Farlier, pembantu paderi tahap 2 dan Satria. Kekuatan: 2.7, Ketangkasan: 2.8, Daya tahan: 3.0, Kuasa rohani: 4.6, Kuasa sihir: 4.0. Status: Sihat] Suara Cip A.I. berlagu.

"En! Kekuatan dan Ketangkasan meningkat. Ini hasil rangsangan tenaga dalaman Satria yang berterusan. Selepas ia stabil, saya boleh mula secara berperingkat untuk membuat latihan Satria untuk fasa yang seterusnya. Ini sepatutnya dapat meningkat kesemua statistik saya, sekurang-kurangnya kepada 3! Bagi kekuatan rohani, ia hanya meningkat sedikit. Ini sahaja pulangan yang saya dapat selepas mengharungi beberapa situasi kehidupan dan kematian. Latihan Magus, seperti jangkaan saya, akan menjadi semakin sukar pada masa akan datang!"

Leylin mendesah dan membuat gambaran peta itu sekali lagi secara mental.

Di peta besar, Wilayah Jersha berada di kawasan tengah Kerajaan Poolfield. Terdapat banyak keluarga Magus kecil yang tinggal di sini.

Walaupun ia ibu kota kerajaan manusia biasa, ia menarik pelbagai pelancong, Magi yang mengembara, dan juga Magi yang jahat.

Magi jahat ini, kerana pendapat radikal mereka, atau beberapa perkara lain, telah diusir dari persatuan mereka yang terdahulu. Mereka menghadapi penganiayaan, bahkan tergolong dalam senarai ganjaran untuk penjahat. Mereka berubah menjadi Magi yang mengembara, dan sering memprojek diri mereka sebagai orang yang berbahaya.

"Di Wilayah Jersha, terdapat pasaran Magus besar yang dijaga oleh keluarga Redbud, salah satu daripada tiga keluarga besar yang menyokong Akademi Abyssal Bone Forest. Saya pasti akan dapat berita terkini tentang akademi di sini!"

Dalam tempoh dua bulan, Leylin secara rahsia membuat pertanyaan mengenai pelbagai berita yang berkaitan dengan Akademi Abyssal Bone Forest. Bagaimanapun, maklumat yang diterima olehnya kurang jelas. Dia hanya diberitahu tentang akademinya sedang berperang dengan beberapa puak di bahagian barat. Maklumat mengenai pihak lawan dan struktur perang akademi masih kabur.

"Saya sudah sampai di Pasar Ellinel. Saya akan menjual saki-baki posyen saya dan bertanya tentang akademi sebelum perjalanan yang seterusnya."

Leylin membuat keputusan.

...

Di tembok pangkalan yang rosak dalam kampung kecil.

"Sekiranya bukan untuk laporan risikan, saya tidak akan percaya pasaran Magus yang pertama di Kerajaan Poolfield sebenarnya tersembunyi di bawah kampung manusia biasa."

Apabila Leylin mengimbas persekitaran kampung, suasana yang tidak bermaya menyambutnya.

"Pasaran Magus sepatutnya berada di bawah sini kerana ada tanda-tanda radiasi yang berpunca dari situ sekali-sekala. Penduduk di atas pasti sakit, di mana mungkin terdapat beberapa orang yang mati secara tiba-tiba. Bagaimana mereka boleh berkembang? Saya takut selepas beberapa tahun, kampung ini akan menjadi bandar tinggal!"

Leylin membetulkan jubah kelabu di badannya itu dan menutup ciri-ciri wajah, sebelum sampai ke pintu masuk yang diperbuat daripada bata.

Pintu yang berkarat keluarkan bunyi berdengung apabila Leylin mengetuk perlahan.

"Siapa awak?" Suara yang garau kedengaran dari dalam.

"Saya seorang pengembara, dan saya ingin melihat pasar!"

* Krikkk! * Pintu yang besar terbuka dan tampil sebuah tubuh berjubah hitam.

Leylin terkejut; dia dapat merasakan aura tubuh berjubah hitam itu penuh dengan niat membunuh. Ini mungkin konsep yang pelik tetapi jika seseorang itu pernah membunuh ramai rakan sejenis mereka, mereka pasti nampak berbeza berbanding orang lain. Leylin dapat merasakan yang berjubah hitam ini pernah membunuh ramai orang yang berstatus sama.

"Seperti saya jangkakan daripada pasaran yang besar, malah pengawalnya juga nampak garang!" Tubuh berjubah hitam itu memancar gelombang tenaga pembantu paderi tahap 3. Dia juga mempunyai barang ajaib sekali pakai. Ia tidak dapat mengelak daripada pengesanan Cip A.I..

"Tidak kira jika ini kali pertama atau tidak, saya akan memberi tahu peraturan di sini. Mana-mana pergaduhan di dalam pasaran akan dianggap oleh keluarga Redbud sebagai provokasi." Tubuh berjubah hitam itu berkata.

Hanya kemudian Leylin melihat nota Redbud di lengannya.

"Saya faham!" Leylin mengangguk kepalanya.

"Baiklah, 1 kristal ajaib sebagai yuran masuk!"

Selepas Leylin membayar yuran masuk, tubuh berjubah hitam itu menekan tempat unggun api dengan perlahan di mana jentera besi berbunyi. Tempat unggun api mengayun ke arah kanan yang mendedahkan tangga-tangga yang menuju ke bawah.

"Malah gaya ini serupa seperti Akademi Abyssal Bone Forest!" Leylin menggeleng.

Selepas masuk ke dalam terowong itu, unggun api ditutup, dan laluan itu menjadi redup semula dengan nyalaan beberapa lampu sahaja. 

Leylin menuruni tangga itu. Selepas dia perasan yang dia telah turun beberapa meter ke bawah tanah, muncul sebuah gua besar.

Pasaran itu sangat besar. Ia bersaiz padang bola sepak yang besar. Siling ini tersusun dengan beberapa jenis stalaktit yang membuat Leylin tertanya-tanya jika mereka merupakan pasaran yang semula jadi atau tidak.

Di tengah-tengah pasaran, bangunan-bangunan di sana terbina dengan batu-batu kelabu dan tersusun dalam bentuk barisan. Di sekelilingnya pula bulatan pondok kayu. Bagi gerai jalanan pulak, jumlahnya tidak banyak.

Magi dan para pembantu paderi memakai jubah yang terdiri daripada pelbagai warna; putih, hitam, dan berjubah kelabu kelihatan keluar masuk dari kedai-kedai di sana.

Leylin mula memahami peraturan-peraturan Dunia Magus sedikit demi sedikit.

Biasanya, Magi rasmi sama ada memakai hitam atau putih, manakala pembantu paderi akan memakai kelabu. Putih mewakili puak-puak yang lebih mencintai keamanan, sebagai contoh, seni penyembuhan dan sebagainya. Bagi jubah hitam, mereka memberi keutamaan kepada pertempuran, dan sikap mereka juga agak pelik.

Sudah tentu, ini pakaian yang konvensional. Terdapat juga beberapa Magi yang memakai pelbagai pakaian yang kelihatan aneh dan pelik.

Next chapter