webnovel

Serangan Hendap

Editor: EndlessFantasy Translation

"Berdasarkan berita terbaru dan pengiraan Cip A.I., makhluk yang menghisap darah orang lain mungkin mengikut saya!"

"Selain itu, ia menjejak saya mengguna bau badan saya! Jumlah mereka mungkin tidak diketahui oleh sesiapa, tetapi mereka tidak boleh melebihi dua orang, atau mungkin ia hanya satu!"

Sebelum itu, Leylin menyingkir aromanya dengan serbuk penyembunyian bau dan mengubah penampilan sebelum dia masuk ke bandar. Dia mahu gunakan aroma manusia yang bercampur untuk penyembunyian diri. Dia kemudian akan mengumpul maklumat yang cukup tentang musuh sebelum merancang untuk tindak balas.

Sekarang, ia sepatutnya memberi kesan yang baik.

"Sayang sekali! Serbuk penyembunyian bau saya hampir habis, jika tidak, saya sudah berangkat dari sini lama dah!" Leylin menyesal.

Cacing Bawah Tanah yang Buta tergolong sebagai bahan yang jarang diguna oleh Magi, dan harganya tidak murah. Leylin telah menghabiskan duit yang banyak untuk mendapat bahan bagi serbuk penyembunyian bau.

Walau bagaimanapun, dia ada jumlah yang cukup untuk 3 atau 4 hari lagi. Dalam tempoh yang singkat, dia tidak boleh berlari jauh. Apabila musuh mengembang radar pengesanan, jejaknya pasti akan ditemui.

"Lebih baik selesaikannya secepat mungkin. Sekiranya mereka mengejar sehingga tempat tujuan saya, maka itu tidak akan memberi kebaikan kepada saya!"

Wajah Leylin menjadi serius.

Malah sekarang, kesan serbuk itu mula menanggal. Dia lebih bergantung kepada campuran bau yang rumit di bandar untuk menutup aroma badannya. Malangnya, makhluk-makhluk yang tidak diketahui olehnya masih dapat mengesan Leylin.

Setelah kembali ke bilik, Leylin duduk di atas katil dan memanggil Cip A.I. secara mental.

"Cip A.I.! Selaras dengan berita yang diperolehi dalam dua hari yang lalu, simulasikan corak pergerakan musuh, dan buat rancangan untuk membunuh mereka!"

[Bip! Membentuk parameter-parameter misi, simulasi bermula… Peta import… Kekuatan pertempuran tuan badan import, analisa sedang berjalan..."]

Suara mekanikal Cip A.I. yang tiada perasaan berbunyi dalam pemikirannya.

Cip A.I. terdiri daripada alat khusus yang diguna oleh para saintis di dunia terdahulu, jadi bagaimanakah ia boleh mempunyai sebarang kecerdasan atau emosi? Kerana kebimbangan hak asasi manusia, mereka telah melarang Cip A.I. daripada mencetus kecerdasan dan emosi sebagai instruksi utama dalam pemprogramannya.

[Selesai simulasi. Tuan badan bunuh sasaran tetapi akan mengalami kecederaan ringan. Kadar kejayaan: 67.7%]

Suara Cip A.I. berbunyi sambil memberi banyak maklumat ke dalam fikiran Leylin.

"Mendapat kecederaan?" Leylin mengusap dagunya, "Adakah sebarang kemungkinan untuk membunuh sasaran tanpa sebarang kecederaan?"

[Data yang tidak mencukupi! Perlukan maklumat yang lebih terperinci mengenai sasaran!]

"Jadinya macam nilah," Leylin menggeleng. Mengikut berita yang dia dapat daripada penjahat, makhluk di luar bandar berada dalam keadaan marah dan telah mula menyerang penduduk tempatan. Pada kadar ini, ia pasti akan menyerang masuk ke bandar dalam masa 24 jam lagi.

Walaupun ada persetujuan di antara para Magi untuk tidak mengganggu kehidupan manusia biasa, masih ada yang cukup gila untuk melanggarnya.

Jika kecederaan besar mengakibatkan identiti Leylin terbongkar, dia terpaksa bertanggungjawab terhadap kebinasaan lingkungan selain mempertimbang makhluk dan Magi yang ada di sebalik muslihat itu. Ini sesuatu masalah yang dia tidak inginkan.

"67.7%, ini cukup untuk saya mengambil peluang! Saya juga yakin dapat mengundur diri dengan sepenuhnya!" Perasaan gembira tertanda pada wajah Leylin ketika dia keluar.

Atmosfera pub tetap riuh seperti biasa. Apabila melihat Leylin, pelayan bar itu pergi ke hadapan dan membongkok, "Tuan, adakah awak ada sebarang arahan?"

"Bantu saya mencari orang..." Leylin bercakap dengan perlahan dan membuat permintaannya.

"Tiada masalah! Walaupun tidak ada tentera upahan di bandar ini, namun terdapat banyak penyamun di sini. Saya boleh menghubungi mereka bagi pihak awak."

Pelayan bar itu berkata, "Selain itu, tuan kota, Tuan Roland menghantar lelaki dan dia ingin berjumpa dengan awak!"

"Tuan bandar?" Leylin mengangguk kepalanya. Tidak kira ke mana Satria Persediaan pergi, mereka akan sentiasa disambut hangat dan diterima oleh para tuan. Jika Roland tahu status Leylin, dia akan menerima layanan yang bagus.

"Saya ada hal sekarang. Bagaimana kalau kita menukar waktu mesyuarat ke lusa?" Leylin bertanya.

"Sudah tentu!"

"Juga, stik yang awak ada di sini tidak kurang baiknya. Tolong hantar hidangan ke bilik saya malam ini." Leylin mengarah sekali lagi.

"Seperti yang awak mahukan!" Pelayan bar itu tersenyum.

...

Hari kedua, lewat malam.

Tubuh berjubah kelabu muncul di hutan yang baru terbakar berdekatan.

"Menyiasat? Apa yang ada di sini untuk disiasat? Tidak ada khazanah di sini. Kemungkinan besar ini disebabkan oleh beberapa petani yang cuai, telah mengakibat kawasan ini terbakar dalam api!"

Lelaki berjubah kelabu itu agak kurus. Walau bagaimanapun, pergerakannya agak pantas di mana dia asyik mengusik timbunan kayu hangus itu.

"Sesuatu tidak betul! Tanda-tanda ini tidak berlaku kerana kebakaran api yang normal!" Kening lelaki itu berkerut. Pengalamannya sebagai penjahat membuat dia sedar, ada sesuatu yang kurang baik di persekitaran setelah melihat tanda-tanda lecur itu.

"Ini... seperti perbuatan entiti misteri." Rambut penjahat itu berdiri tegak di hujungnya. Sebagai ahli aktiviti bawah tanah, dia hanya mendengar tentang entiti-entiti ini dalam mitos. Kisah-kisah ini menekan tentang perkara-perkara yang paling penting mengenai mereka: misteri mereka, hati mereka yang dingin, dan mereka tidak boleh dijadikan musuh!

"Saya kena cepat beredar dari sini! Sekiranya saya tahu misi ini berkaiant dengan entiti misteri, saya tidak akan terimanya walaupun mereka memberi ganjaran yang berlipat ganda!"

Lelaki berjubah kelabu itu gementar dan ingin keluar.

"Saya telah jumpa. Bau musuh saya!" Pada masa ini, bunyi serak dan jijik kedengaran dari belakang.

Tubuh penjahat itu menggigil. Dia dapat melihat kebencian, saiz seorang kanak-kanak, terapung di langit.

Tubuhnya mempunyai sisik yang kurang senonoh. Wajahnya pula penuh dengan ketuat. Dari semasa ke semasa, lidahnya berdesis seperti ular.

"Saya takut. Syaitan pun tidak akan kelihatan hodoh seperti ini!" Penjahat itu berfikir ketika dia melompat kembali sejauh 5 meter.

"Saya sepatutnya berfikir tentang perkara ini dahulu lagi! Saya sebenarnya telah menjadi umpan!" Penjahat itu teriak.

"Jangan berfikir untuk pergi!" Doris menjelir lidahnya dan terbang di atas penjahat itu dengan hanya beberapa pergerakan sayapnya.

"Kita boleh bercakap tentang ini! Saya mempunyai banyak maklumat tentang misi utama ini!" Penjahat itu teriak dengan putus asa.

"Mati!"

Mata Doris berlumuran darah. Ia tidak peduli dengan rayuan dan jeritan penjahat itu. Segera, dia mengunyah lengan kanan yang melambai pisau belati. Kemudian, Doris menghisap darah penjahat itu.

Beberapa minit kemudian, hanya tinggal mayat yang tersengih itu.

"Bau masih berlekat pada jubah ini! Pembantu paderi terkutuk itu pasti ada di bandar!" Doris sepetkan matanya dan melihat ke arah dinding bandar.

* Xiu! *

Anak panah hitam berlepas. Bunyi ledakan kedengaran dan bertukar menjadi supersonik. Ia secara langsung menembusi dada Doris.

"Sisa terakhir serbuk penyembunyian bau telah terbazir di sini. Saya juga menabur beberapa serbuk kelumpuhan pada badan penjahat itu. Saya tidak percaya yang anak panah ini tidak menembusi sasarannya!"

Di sebalik pokok renek yang tinggi, Leylin muncul dengan perisai kulit dan membawa busur panah yang baru saja digunakan.

"Musuh!" Wajah Doris berpusing. Wajah asalnya yang jijik sekarang menunjuk urat-urat darah yang bonjol. Penampilan ini pasti akan membuat kanak-kanak menangis.

"Saya tak sangka Bidadari Pokok Hijau mengejar saya selama ini! Makhluk ini yang asalnya cantik telah menjadi seperti ini!" Leylin agak terkejut.

[Peri Pokok Hijau mutasi. Kekuatan: 3.1, Ketangkasan: 4.3, Daya tahan: 3.5, Kuasa rohani: 5.5. Keupayaan yang tidak bernama!] Suara Cip A.I. nyatakan bacaan dan situasi di persekitaran.

"Atributnya telah bangkit sebanyak ini! Mantera yang amat mengagumkan. Walau bagaimanapun, keadaan badannya yang kurang stabil kelihatan melalui permukaan badannya. Ia tidak mungkin dapat bertahan lebih daripada setengah bulan." Mata Leylin memandang dengan dingin.

"Musuh yang membunuh ayah dan adik saya! Walaupun Doris terpaksa mengkhianati jiwanya, Doris tetap akan membalas dendam terhadap mereka!"

Doris melolong sambil merentap anak panah keluar dari dada dia. Lopak cecair hijau meluap dari lukanya.

Cecair hijau dengan cepat menutupi seluruh dada, dan akar tumbuhan memanjang secara berterusan. Tidak lama kemudian, luka itu pulih.

"Mampus kau!" Doris melepas asap hijau ke arah Leylin.

"Ia sebenarnya melalui banyak mutasi sehingga serangan hendap tidak berkesan terhadapnya!" Leylin mengangguk kepala dan merapat jarinya.

"Pa!"

Tiba-tiba, bebola lumpur naik dari tanah, dana menghalang jalan Doris. Kandungan lumpur itu mempunyai posyen yang berwarna merah.

* Bang! * Nyalaan api kelihatan. Gelombang panas dari nyalaan api itu membakar tumbuh-tumbuhan yang berhampiran.

Api itu melanda Doris dan bunyi geresek seolah sesuatu sedang dibarbeku kedengaran.

* Hu! * Tubuh hijau muncul dari lautan api. Tubuhnya terbakar menjadi hitam. Doris masih mempunyai nyalaan api di atas badannya ketika dia lepaskan nyalaan api itu ke arah Leylin.

[Kelajuan sasaran menurun sebanyak 67%] Cip A.I. berbunyi gemercing.

"Mula-mula dia terjejas oleh serbuk kelumpuhan, dan kemudian tercedera oleh posyen letupan. Walaupun dia pakar dalam rintangan api, dia pasti akan menerima kerosakan!"

Muka Leylin tenang. Dia melempar busuran panah dan kemudian menarik pedang salibnya ketika Doris menyerang dari hadapan.

"Ayunan silang!" Pedang salib perak bersinar. Kali ini, Leylin mengedar tenaga dalaman Satria. Pedang tajam memberi pantulan cahaya yang bersinar.

Apabila pedang salib secara langsung menembus Bidadari Pokok Hijau, dengan segera sebuah kolam cecair hijau muncul.

Doris terguling, dan Leylin berhenti ke hadapan. Dia melihat pedang salib di tangannya dan alisnya berkerut.

Pedang perak sudah pun penuh dengan bintik-bintik yang kurang rata di mana pelbagai cecair dari tubuh Doris memercik.

"Malah cecair badannya mempunyai kesan menghakis yang kuat? Pedang salib ini telah hancur!" Leylin berasa sedih. Pedang salib ini telah diambil oleh Leylin daripada seorang belia yang mulia ketika dalam perjalanan. Pedang itu sangat berguna, tetapi dia tidak pernah terfikir yang ia akan hancur di sini.

Dia melempar pedang salib. Semasa dia melihat Doris yang gigih untuk membuat serangan walaupun ada pedang salib terlekat di dadanya, Leylin dengan cepat mengucap mantera.

"Tangan Umbra!"

Telapak tangan berwarna hitam timbul dari bayang-bayang Doris. Ia memegang pergelangan kaki Doris dan mencengkamnya ke tanah dengan kuat.

* Sssi Sssi! * Satu lapisan kabut putih meningkat dari sawit yang berwarna hitam itu.

"Walaupun Tangan Umbra mempunyai kesan menghakis, nampaknya, ia mempunyai efek yang rendah terhadap Bidadari Pokok Hijau yang bermutasi!" Fikiran Leylin dengan cepat selesaikan masalah itu.

"Saya akan gunakan awak sebagai tikus belanda untuk mantera yang baru saya belajar!"

"Bunyi guntur biru! Dengar perintahku! Turun ke alam fana dan menyerang musuh saya!" (Bahasa Byron)

Ketika Leylin menjampi, kilat berwarna biru perak tiba-tiba muncul di tangannya.

"Pergi!" Leylin membentang jari-jemarinya dan kilat yang menawan dan melengkung menuju ke arah Doris.

"Doris tidak takut mati!" Pada masa ini, Doris menjulur tangannya ke depan, dan telapak tangannya terbuka. Dari situ, objek seperti akar pokok berlanjutan.

* Xiu! * Akar pokok terjalin dan bentuk busur terhasil. Anak panah berwarna coklat di dalamnya.

"Oh! Oh!" Leylin tergesa-gesa mengelak.

Next chapter