webnovel

Pemergian Sementara

Editor: EndlessFantasy Translation

"Baik, jangan bincang tentang hal ini lagi! Bahan-bahan ini bukan murah, tetapi harga bahan-bahan mentah telah jatuh kebelakangan ini, jadi saya akan menjual kesemuanya untuk harga 200 kristal ajaib."

Woox tetapkan harganya.

Leylin mengangguk dan memberi 20 kristal ajaib gred-sederhana kepada Woox.

Dia kemudian menerima satu bungkusan besar daripada Woox, menarik perhatian orang ramai di sekelilingnya.

Leylin tersenyum pahit, sambil meletak bungkusan itu di belakang badannya, dan mula berbual dengan Woox.

"Jadi? Adakah kamu menerima sebarang berita tentang artifak-artifak ajaib?" Leylin tidak akan lepaskan peluang untuk meningkatkan kekuatannya dengan pantas berlalu pergi.

"Sudah tentu tidak!" Woox menggeleng kepalanya dengan pantas, "Harga artifak-artifak ajaib kebelakangan ini meningkat tanpa kawalan. Lagipun, siapa yang tidak mahu menyimpan alat seperti itu yang mampu selamatkan nyawa mereka dan menjualnya?"

Woox tiba-tiba menurunkan suaranya, "Membeli bahan yang begitu banyak dan bertanya tentang artifak ajaib, kamu mesti sudah menerima berita itu juga, bukan?"

Leylin mengangguk kepalanya, "Saya sedang bersedia untuk mengambil misi jangka panjang supaya saya dapat keluar dan mengelak diri daripada semua ini."

Woox mengangguk kepalanya, "Bagus, saya juga akan beredar pergi dari sini dalam beberapa hari lagi."

"Woox juga, seorang pembantu paderi tahap 3 dengan artifak ajaib, akan melarikan diri!" Leylin hairan, dan selepas berbicara dengan Woox, bergegas keluar sambil mengucap selamat tinggal.

"Saya perlu bertolak sekarang dan teruskan dengan misi ini secepat mungkin!"

Walaupun pendaftaran misi bukan sesuatu yang perlu dibuat sebelun keluar dari akademi, masih terdapat halangan daripada penjaga akademi untuk keluar nanti. Leylin masih ingin kembali ke akademi suatu hari nanti untuk mendapat maklumat mengenai Magi, oleh itu dia perlu mematuhi peraturan sebegini.

Walaupun agak sederhana, Kroft mengiktiraf bakat Leylin dalam membuat Posyen, oleh itu akademi ini pasti tidak akan membiarkan Leylin untuk mati di sini.

Selepas pembersihan Harosi di persekitaran sekolah, kawasan Misi kembali meriah seperti dahulu. Walau bagaimanapun, Leylin sedar hanya segelintir daripada pembantu-pembantu paderi tahap 3 yang tinggal setelah pemeriksaan yang terperinci. Sememangnya, dia tahu sebab utama kejadian ini.

"Mereka semua golongan orang yang menyedihkan." Leylin sedih melihat pembantu-pembantu paderi bertahap rendah membahagi ganjaran misi secara sama rata dan berusaha keras untuk memperoleh wang untuk pertukaran maklumat.

Dengan jelas, mereka golongan yang terabai. Walaupun seorang pembantu paderi tidak berupaya untuk melawan seorang Magus, mereka masih boleh mengakibatkan kecedaraan dan membunuh seorang Magus rasmi jika puluhan atau ratusan daripada mereka bersatu sebagai satu pasukan. Itu peranan mereka di sini.

Walau bagaimanapun, berada di dalam kawasan perjuangan Magus sangat berbahaya. Ia sudah kira sangat bertuah bagi mereka untuk mempunyai kadar kehidupan sebanyak 30% di sini.

Walaupun Leylin kasihan dengan mereka, dia tidak akan sebarkan berita itu. Dia telah melepasi had dengan memberi petunjuk kepada rakan-rakannya. Kalau dia hebahkan berita itu, Kroft sendiri pun tidak boleh melindunginya lagi.

Leylin melihat misi-misi yang ada di dinding; kebanyakannya mempunyai tempoh yang pendek dan juga terletak bersebelahan dengan akademi. Ia seolah-olah akademi telah menyembunyikan semua misi lain.

Apabila terdapat beberapa orang di sekeliling, Leylin mengambil peluang itu untuk menuju ke kaunter dengan segera.

"Apakah jenis misi yang kamu berminat?" Penyambut itu seorang lelaki tua yang terlalu kurus dan kelihatan sangat mesra.

"Misi-misi yang ada di dinding tidak sesuai dengan saya, adakah mana-mana yang istimewa? Nama saya Leylin Farlier, perantis Profesor Kroft." Leylin berkata dengan suara yang rendah, melempar sebuah kantung kecil.

Orang tua itu tergesa-gesa menyimpan kantung itu. Selepas membuka kantung itu, dia tersenyum. "Sudah tentu, ada!"

Dia mengambil sebuah skrol daripada bawah kaunter, "Lihat ini. Semua misi-misi tersenarai di dalamnya."

Skrol berwarna hitam itu kelihatan sangat kosong. Leylin membuka skrol itu dan segera mengimbas lalu misi-misi yang tersenarai dalamnya.

Kesemua misi ini mempunyai ciri-ciri yang sama. Tahap kesukaran mereka tidak tinggi, tetapi tempohnya sangat panjang. Pendek kata, misi ini senang untuk Magus yang berpotensi dalam mengelak diri daripada bencana yang bakal berlaku.

Dengan imbasan Cip A.I., Leylin dengan cepat memilih misi yang sesuai.

"Menyiasat tumbuh-tumbuhan yang sedang layu di Bandar Malam Extreme. Tempoh Misi: 3 Tahun."

"Saya pilih yang ini." Leylin menunjuk kepada misi penyiasatan tersebut dan memberitahu orang tua itu.

"Bandar Malam Extreme terletak di Wilayah Eastwood Kerajaan Poolfield. Kamu perlu melalui hampir separuh kerajaan itu sebelum sampai ke destinasinya. Adakah kamu ingin membeli sekeping peta?" Lelaki tua itu senyum seperti seorang pedagang yang licik.

"Berikan saya sekeping peta!" Walaupun Leylin mempunyai petanya sendiri, ia sentiasa bagus untuk mempunyai sekeping lagi untuk membuat perbandingan.

Selepas membelanjakan dua kristal ajaib, Leylin memperoleh sekeping peta baru. Bukan sahaja ia menunjuk pelbagai wilayah di Kerajaan Poolfield, malahan terdapat garisan merah menandakan perjalanannya.

"Menurut peta ini, Bandar Malam Extreme terletak di sebelah timur Kerajaan Poolfield, di mana terletaknya sempadan bandar itu, dan ia sangat jauh dari akademi. Tetapi ia berhampiran salah satu tapak perhimpunan Magus mengikut maklumat yang diberi oleh Bicky. DI mana tempat itu mudah untuk pengumpulan maklumat dan berita.

Ini juga salah satu sebab Leylin memilih misi ini.

"Ini pas keluar kamu." Lelaki tua itu serahkan sekeping kad besi merah kepada Leylin. "Jangan hilangkannya, ia tidak boleh ditukar ganti."

'Nampaknya akademi sangat tegas tentang hal keluar dan masuk kebelakangan ini.'

Leylin berfikir di dalam hati, tapi dia tidak berkata apa-apa ketika mengambil kad besi itu.

Setelah berjalan keluar daripada Kawasan Misi, Leylin berjumpa dengan Kroft, Bicky, dan rakan-rakan yang lain untuk mengucap selamat tinggal.

Lagipun, dia tidak tahu berapa lama dia akan berada di luar akademi. Beberapa perkara dia perlu selesaikan terlebih dahulu. Setelah mendapat petunjuk Leylin, Bicky turut bersiap sedia untuk pulang ke rumahnya. Kaliweir dan yang lain pula kelihatan teruk daripada riak muka mereka. Mereka datang dari Kepulauan Chernobyl dan tiada tempat untuk kembali, oleh itu Leylin hanya dapat menenangkan mereka dengan kata-kata semangat.

Leylin tiba-tiba berasa kesal ketika dia membuka pintu biliknya dan melihat persiapan yang telah dibuat olehnya.

"Aku tidak tahu bila aku akan kembali ke sini."

Buku-buku sihir dan bahan-bahan yang dibeli olehnya hari ini tersusun kemas di dalam dua peti besar yang terletak di sudut biliknya.

Selepas merenung seketika, Leylin mengalihkan katilnya di mana beberapa papan lantai yang berhabuk terdedah.

"Farlier!" Leylin dengan lembut mengetuk satu titik hitam di atas lantai itu.

*Ka-cha!* Pergerakan mekanikal berbunyi, dan papan lantai kayu beralih dengan perlahan. Banyak posyen yang tersimpan selamat dalam tabung uji terdedah.

Jumlah di sini sekurang-kurangnya 10 kali ganda daripada apa yang dia beri kepada Neela!

Kalau Woox nampak ini, matanya mungkin akan terkeluar. Leylin tersenyum.

Ini koleksi peribadi Leylin. Dengan bantuan Cip A.I., kadar kejayaannya telah lama melepasi jangkaan orang lain. Dia telah menjual sebahagian kecil daripadanya, tapi sebahagian besar daripada mereka masih berada di sini.

"Biar aku kira! 200 posyen kekuatan, 150 penawar, 180 posyen hemostasis, dan pelbagai posyen yang lain, nilai keseluruhan mereka sekurang-kurangnya 3000 kristal ajaib!"

Leylin melihat posyen-posyen ini. Mereka aset terhebat Leylin dan sentiasa dikunci olehnya di bawah katil. Semua pembantu paderi tahap 2 tahu helah sihir kecilan yang boleh diguna oleh mereka untuk penyembunyian. Selain penggunaan teknik daya rohani untuk membukanya, sebarang usaha yang lain hanya akan mengakibatkan item-item di dalam meletup!

"Sekarang, dengan adanya buku-buku sihir dan bahan-bahan lain sebagai pelindung, aku boleh pindahkan posyen ini dengan mudah. Aku juga perlu membuat beberapa rune di luar untuk penyembunyiannya "

Leylin membuka sebuah kotak kecil yang bersalut rune. Span, sutera, dan bahan-bahan lain diletak olehnya di dalam kotak itu untuk mengelak posyen-posyen itu daripada terguling dan rosak nanti.

Selepas menghabiskan hampir separuh malam, Leylin akhirnya berjaya memindahkan kesemua posyen itu ke dalam kotak. Dia kemudian menutup kotak itu dengan beberapa bahan dan meletak buku-buku sihir di sekelilingnya.

"Ia sudah melepasi pukul enam!"

Selepas mendengar bunyi penggera, Leylin matikan jam di biliknya.

Dia segera membasuh dirinya dan membawa dua peti besar itu ke tingkat yang tertinggi di dalam akademi, di mana dia membeli 3 kuda hitam yang bagus dan kuat dan juga sebuah kereta kuda. Leylin menarik nafas panjang dan memamcu kereta kuda itu ke dalam sebuah mekanisma yang kelihatan seolah-olah sebuah lif.

"Tunjukkan pas keluar kamu!" Suara seorang lelaki kedengaran. Leylin terburu-buru keluarkan kad besi merah yang diterima olehnya semalam.

*Bang!

Mekanisma seperti lif itu naik dengan perlahan dan apabila ia mencapai puncak, bunyi roda gigi kedengaran.

Dua pintu batu itu terbuka, dan cahaya matahari menyinari masuk.

Leylin mengecilkan matanya, "Akademi ini memang mempunyai jalan keluar yang lain. Pintu masuk yang utama mesti untuk diguna oleh orang ramai sebagai laluan. Walau bagaimanapun, barang-barang yang besar pula akan melalui pintu ini."

"Hyaa!" Sambil memukul cambuk, dia mengarahkan kereta kudanya ke hadapan. Hanya kemudian Leylin sedar kedudukannya. Dia berada di pintu belakang, tepat di belakang tanah perkuburan pusat yang telah mereka gunakan dahulu.

Oleh kerana takutmenyusahkan, dia telah beritahu Bicky dan yang lain dia sedang bersiap sedia untuk berangkat dalam beberapa hari yang akan datang tapi tidak memberi sebarang janji mengenai masanya. Oleh itu, pemergiannya tidak disambut oleh sesiapa.

Leylin memandang akademi itu untuk kali yang terakhir dan kemudian menyambung perjalanannya.

"Baik. Mengapakah bagasi-bagasi aku kelihatan seperti aku sedang melarikan diri daripada sesuatu, bukan seperti seorang yang sedang menjalankan misi?"

Leylin tersenyum pahit ketika dia melihat kereta kuda yang dia sedang pandu dan peti yang berat di belakangnya itu.

"Cip A.I.! Keluarkan peta itu!"

Dengan arahan Leylin, satu peta ditunjuk oleh Cip A.I.. Ia lebih terperinci daripada peta yang dia beli daripada lelaki tua semalam. Malah, ia mempunyai laluan yang teliti.

"Berdasarkan peta yang telah aku peroleh semalam, kirakan laluan yang paling optimum untuk diambil oleh aku! Syaratnya: Memudahkan dan selamat! Juga, ia perlu melalui beberapa tapak perhimpunan Magi sebanyak mungkin!"

Mendengar suara Leylin, satu garisan merah yang menunjukkan laluan itu muncul di atas peta. Ia sedikit berbeza daripada apa yang dia dapat daripada lelaki tua itu. Terdapat beberapa selekoh dan kesemua mereka berada di sekitar kawasan perhimpunan Magi.

"Mari pergi!" Leylin mengikut laluan yang diberi oleh Cip A.I. dan memacu kereta kudanya ke hadapan.

"Cip A.I.! Tingkatkan kawasan pengesanan =sepenuhnya!" Oleh kerana ini perjalanan persendirian, Leylin tidak mampu untuk menghadapi masalah walau sedikit pun.

[Misi ditubuhkan, pengesanan bermula!]

Cip A.I. laksanakan tugasnya tanpa sebarang bantahan, dan imej 3D kawasan itu sentiasa ditayangkan oleh Cip A.I. di depan Leylin.

"Kadar bahaya paling kecil apabila berada di sekitar akademi atau jauh dari akademi. Tetapi kadarnya di kawasan pertengahan jalan paling berbahaya!" Kebelakangan ini, Magi yang melindung akademi telah bersihkan kawasan itu, tapi mereka terlalu malas untuk mengejar musuh-musuh itu. Jadi kemungkinan besar ada bahaya yang besar di bahagian tengah sahaja.

Walau bagaimanapun, Leylin hanya boleh membuat pertaruhan. Harosi juga telah memberi mereka pengajaran sebelum ini, jadi dia berharap perjalanannya akan berjalan lebih lancar. Lagipun, dia mungkin tidak dapat meninggalkan akademi walaupun dia mahu, walaupun mempunyai masa yang mencukupi.

Kereta kuda itu bergerak dengan pantas di atas jalan raya itu dan bunyi kicauan burung di kedua-dua belah jalan semakin kurang berbanding sebentar tadi.

Semakin jauh dia berada dari akademi, semakin tegang Leylin terasa.

[Beep! Amaran! Amaran! Organisma hidup bertenaga tinggi telah dikesankan di hadapan!]

Suara Cip A.I. berbunyi, dan sebuah objek merah tertayang ke atas skrin. Terdapat cabang-cabang besar yang menyebar secara berterusan di seluruh kawasan itu, bersama banyak titik merah yang terapung di atasnya.

"Imej ini? Ini sebuah pokok?" Leylin meletak tangan ke dalam kantung pinggangnya sambil kurangkan kelajuan kereta kudanya itu.

Next chapter