webnovel

Untuk Dijual

Editor: EndlessFantasy Translation

"Ada sesuatu yang tak kena!" Tiba-tiba Leylin terfikir akan sesuatu.

"Awak… Adakah awak telah memberi dia harta keluarga awak? Tidak hairanlah awak masih lagi seorang pembantu paderi tahap 1! Kalau tidak, dengan kebolehan awak, awak dah lama maju!"

Bicky daripada golongan keluarga Magus yang kecil. Walaupun bersaiz kecil, mereka masih mempunyai kebolehan untuk memperoleh harta dan kristal ajaib dari masa ke semasa. Bagi Bicky pula, harapan keluarganya, dia dapat kongsian tetap setiap bulan.

Kebolehan dia tidak teruk sangat, dan dia tiba setahun lebih awal daripada Leylin. Secara logik, dia patut naik pangkat kepada pembantu paderi tahap 2 dari dulu lagi. Tapi, dia masih lagi seorang pembantu paderi tahap 1, dan Leylin hampir mengatasinya.

"Ia... Ia bukan seperti yang dikatakan!" Bicky tergesa-gesa menggeleng kepala.

Melihat ekspresi Bicky, Leylin menggeleng kepalanya dengan perlahan. "Biarlah! Saya tidak boleh bantu awak dalam perkara seperti ini... Tapi, awak mesti berhati-hati!"

Leylin menasihat.

"Baiklah! Jom pergi ke dewan makan di aras dua!! Saya dengar kek berperisa madu di situ agak sedap..." Bicky tersenyum, dan jelas dia tidak ingin bercakap tentang topik itu lagi.

Dewan makan di aras 2 merupakan sebuah tempat yang istimewa. Berbanding kafeteria di aras tiga di mana hidangan makanannya percuma, perkhidmatan di sini pula perlukan bayaran kristal ajaib.

Ini kali pertama Leylin memasuki tempat ini. Selepas memesan dua keping kek berperisa madu, stik daging lembu, dua gelas jus buah-buahan, dan daging seekor Cicak Bertanduk-Satu, dan jumlah bayaran yang dikenakan ialah 1 kristal ajaib dan ini menyebabkan Leylin berasa sakit hati.

"Saya terdengar daging cicak ini adalah sajian khas, ia sangat bermanfaat untuk meditasi seorang Magus, jadi saya kena cuba hari ini!"

Leylin memotong sebahagian daripada daging cicak tersebut dengan sebilah pisau, mengangkat daging dengan garpunya and letakkan ke dalam mulutnya. Dia serta-merta dapat merasai kewangian daging itu yang menyebar ke seluruh seleranya, dan mata Leylin berkilau kekaguman.

[Bip! Bahan yang bermanfaat kepada tubuh tuan badan telah dikesankan! Hasil: Peningkatan sederhana dalam meditasi. Penunjuk: perlu diambilkan secara 10 hari berturut-turut untuk mendapat kesan peningkatan yang jelas!]

"Saya..." Leylin tergamam. Ia adalah makanan yang enak, tapi bagaimana boleh saya dapat mempunyai begitu banyak kristal ajaib? Saya hanya boleh makan untuk rasanya!"

Sementara itu, Bicky sedang menikmati kek perasa madu dengan gembira.

Selepas makan, Leylin mengucap selamat tinggal kepada Bicky dan pergi ke Pos Perdagangan.

Leylin cuma tinggal beberapa kristal ajaib sebagai permulaan, tapi dia merancang untuk menjual posyen kekuatan dia. Dengan persetujuan dari Kroft, dia dapat memperoleh kristal ajaib daripada penjualan posyen yang dibancuh sendiri.

Selepas berjalan di celah-celah gerai yang huru-hara, Leylin tiba di gerai Woox, gerai yang dia pernah beli bahan-bahan posyen ketika lawatan pertamanya ke tempat ini.

"Leylin! Awak lagi! Awak sudah membelanjakan beberapa dozen kristal ajaib dalam masa setengah tahun ini! Belum berputus asa lagi?" Woox masih gemuk seperti dulu.

Peramuan merupakan kemahiran yang mempesonakan, saya tidak boleh berputus asa!" Leylin berkata sambil bergurau.

"Tapi hari ini, saya ke mari bukan untuk membeli bahan." Leylin berkata sambil menyerah posyen kekuatan kepada si gemuk Woox. "Lihat ini!"

"Ini adalah..." Woox terkejut, "Awak telah berjaya?"

"Tentulah!" Leylin tersengih.

Apa yang Woox buat kemudian adalah memeriksanya dengan teliti, dan selepas memastikan ia adalah posyen kekuatan yang tulen, matanya seolah-olah berkilau.

"Selepas seratus kali! Awak hanya mencuba sebanyak seratus kali tapi awak telah berjaya menbancuh posyen kekuatan ini! Bakat ini... Bakat ini hanya sedikit lebih rendah daripada bakat Merlin!"

Kebanyakan bahan-bahan Leylin dijual oleh Woox, jadi dia dapat menilai bakat Leylin dengan segera.

"Yelah tu! Ini adalah kerana bimbingan Kroft!" Leylin berkata dengan rasa malu.

"Oh! Kroft lagi, dia sudah mempunyai pelajar yang berbakat seperti Merlin, kenapa mereka masih lagi menghantar seorang pelajar yang berbakat kepadanya?"

Si gemuk menampar dahinya sendiri dan melepaskan bunyi yang nyaring, "Pernahkah awak mempertimbang untuk menukar mentor? Mentor saya, Wranke, juga merupakan seorang pensyarah dalam bidang peramuan... Dia pasti akan suka awak!"

"Maafkan saya! Saya tidak pernah terfikir untuk menukar mentor!" Leylin tergesa-gesa menolak tawarannya. Kroft melayan dia dengan baik, dan dia pasti akan melepaskan kemurkaan Magus kalau dia menukar mentor dengan sesuka hati. Dia tidak ingin mengambil risiko itu.

"Betapa sayang..." Si gemuk menggeleng kepalanya, dia tahu dengan jelas dia mempunyai peluang yang rendah.

"Baiklah! Saya akan bagi awak 4 kristal ajaib untuk posyen kekuatan ini, ok ke?" Si gemuk itu bertanya.

Walaupun posyen kekuatan itu berharga 5 kristal ajaib, 4 kristal ajaib merupakan harga yang munasabah apabila mempertimbang keuntungan yang akan dibuat oleh gerai biasa.

"Ia adalah urusan yang wajar, tukar kristal ajaib itu untuk lebih bahan-bahan untuk menbancuh posyen kekuatan."

"Baik! Kalau awak ingin menjual lebih banyak posyen kekuatan pada masa hadapan, saya akan beli semuanya pada harga 4 kristal ajaib setiap satu!" mata Woox berkilau.

Seorang pembantu paderi dengan bakat peramuan yang rendah sedikit daripada Merlin bagaikan lombong kristal ajaib yang belum digali oleh sesiapa.

"Sudah tentu! Kepada perkongsian yang baik!"

Leylin dan Woox berjabat tangan, dan selepas mengumpul empat kotak hitam, dia meninggalkan gerai itu.

"Tengok tu! Biji mata Kucing Gunung segar! Barang ini pasti akan memberi manfaat yang banyak untuk meditasi awak!"

"Bilah Salib anggun, dan busur silang tentera. Semua ini diimport oleh Kerajaan Biru Dalam!"

"Bulu-bulu seekor burung flamingo! Sejenis bahan berharga untuk eksperimen, hanya 5 kristal ajaib!"

Di merata tempat, pelbagai pembantu-pembantu paderi sedang membuat promosi barang-barang mereka. Leylin ternampak seorang pembantu paderi berjubah hitam memegang 5 bulu berwarna-warni besar dan membuat iklan secara berterusan, yang jelas telah menarik perhatian ramai orang.

"Cip A.I.! Imbas bulu itu!"

[Bip! Bandingan dengan databank! Aras persamaan: bulu ekor burung tiong 83%, merak belaan 64%, burung jenjang berparuh tajam 34%]

Leylin memandang Pembantu Paderi yang sedang mengiklan barangnya dan tergamam. Bulu burung flamingo sukar untuk didapati, tapi bulu 3 ekor burung yang diimbas oleh Cip A.I. adalah begitu biasa di mana kalau ia terjatuh atas lantai pun tiada pembantu paderi yang akan mengutipnya. Jelas, ia suatu penipuan.

Situasi sebegini sering berlaku di gerai-gerai seperti ini. Biarpun terdapat barangan yang baik, barangan palsu juga terdapat di merata tempat. Oleh itu, Leylin sentiasa membeli daripada pondok kayu yang ada di tengah-tengah kawasan sana.

Tambahan pula, pembantu-pembantu paderi bijak, dan peluang untuk mencari barangan yang baik serta murah dari gerai-gerai sana adalah sama seperti mencari sisa-sisa Magi yang telah mati.

Leylin menggeleng kepala dan beredar dari Pos Perdagangan itu.

Tiga hari kemudian, Leylin berada di dalam biliknya, memandang enam belas tabung uji yang tersusun dengan betul di atas mejanya sambil berfikir panjang.

Sekarang, kadar kejayaan dalam pembancuhan posyen kekuatan sudah mencapai tahap Kroft iaitu 40%. Tapi, dia akan mencari masalah kalau dia menjual kesemuanya sekaligus.

"Sekarang saya hanya dapat berlakon dan mengaut keuntungan yang sedikit, sekurang-kurangnya 2 tabung uji! Yang baki, saya kena simpan."

Leylin mengeluh dan menyimpan 2 tabung uji ke dalam dompet yang bergantung pada pinggangnya, dan menyimpan 14 tabung uji yang baki itu ke dalam ruang kosong di bawah katilnya.

"Saya tidak dapat menjual kuantiti yang besar di dalam kawasan akademi, jadi saya perlu fikir cara lain di luar. Situasi yang terbaik ialah pasar gelap; Saya dengar harga di sana juga tinggi!"

"Dunia luar adalah berbahaya; Saya mesti menjadi Pembantu Paderi tahap 2 sebelum keluar!"

"Seterusnya, saya boleh guna kristal ajaib yang saya dapat melalui penjualan posyen untuk membeli pengetahuan tahap yang lebih tinggi dari Kroft dan mempercepat proses kemajuan saya kepada Pembantu Paderi tahap 2!"

"Selepas menjadi seorang Pembantu Paderi tahap 2, saya boleh cuba mengamal sihir mantera, dan mengambil misi di luar untuk melihat kalau saya dapat mencari cara untuk menjual posyen-posyen ini..."

Leylin berfikir, dan kemudian menanya, "Cip A.I., tunjukkan statistik semasa saya!"

[Beep! Leylin Farlier, pembantu paderi tahap 1. Kekuatan: 2.1, Ketangkasan: 2.3, Kecergasan: 2.5, Status: Sihat]

"Selepas tempoh meditasi yang lama, kecergasan saya telah meningkat dengan banyak. Mengenai kekuatan dan ketangkasan, ia juga meningkat sedikit. Bagaimana dengan kuasa rohani saya?" Leylin melihat data yang berada di hadapannya sambil mengerut kening.

"Cip A.I., bolehkah awak menukar kuasa rohani saya kepada data dan tayangkannya?"

[Data tidak mencukupi, maklumat kuasa rohani sedang dipungut.] Cip A.I. menjawab.

"Bilakah ia boleh siap?" Leylin bertanya.

[Masa jangkaan: 155 Hari 21 Jam]

"Setengah tahun, huh?" Ia akan menjadi dekat bila saya sudah menjadi pembantu paderi tahap 2." Leylin mengangguk, "Saya tidak merancang untuk meninggalkan tempat ini dalam masa setengah tahun yang akan datang, jadi ia bukan masalah yang besar!"

Apa yang menyusul kemudian ialah Leylin memasuki latihan yang sukar.

Selain daripada membantu Kroft dalam eksperimen hariannya, dia juga membancuh posyen, menukarnya dengan kristal ajaib, dan kemudian membeli lebih maklumat.

Selain membancuh posyen kekuatan, dia juga membeli formula untuk Posyen Hemostatik dan penawar bertahap rendah dan mula berlatih di dalam pembancuhan itu.

Dengan Cip A.I., kadar kejayaan tidak teruk sangat, tapi fakta ini disembunyi oleh Leylin.

Dalam tempoh ini, Leylin juga mendengar berita buruk – Pasukan Kaliweir telah menghadapi masalah semasa misi mereka. Bukan sahaja beberapa yang tercedera, malah ada juga yang telah mati. Pembantu paderi yang mengikutnya di Dirigible yang sama, pembantu paderi gred tiga, Hank, akan dikebumikan selama-lamanya di Abyssal Bone Marsh.

Leylin menjangka hasil yang sama, sejak seorang pembantu paderi tahap 1 hanya mempunyai rintangan yang kecil terhadap sihir. Ia tidak normal kalau mereka membahayakan nyawa sendiri dan bebas daripada kecederaan atau kehilangan nyawa.

Selepas kejadian ini, Kaliweir dan pasukannya sudah menerima hakikat dan mula berasa puas dengan pembelajaran di dalam akademi, tidak lagi berani mengambil misi lain.

Dalam sekelip mata, Leylin telah meninggi sedikit dan mukanya mempunyai tanda kematangan.

"Akhirnya saya dah berumur 14 tahun!" Memandangkan tapak tangannya sudah membesar sedikit, dia berasa mudah bergerak.

Akademi Abyssal Bone Forest seolah-olah mempunyai pembentukan mantera yang mengawal suhu. Leylin sentiasa memakai jubah kelabu untuk pembantu paderi, tapi dia tidak pernah berasa panas atau sejuk.

"Tuan! Saya ingin membeli bola kristal itu dengan formula sihir mantera!"

Leylin berdiri di depan Kroft.

"Oh! Awak ingin mula mempelajari mantera tahap 0? Kroft memegang cawan porselin yang mengeluarkan wap air dan haba dalam tangannya, dan menghirup dari cawan itu.

"Saya sudah hampir habis membina rune minda saya, dan hanya ada satu langkah yang perlu sebelum saya maju menjadi pembantu paderi tahap 2. Saya ingin membuat persediaan untuk ini dahulu!"

Leylin berkata dengan lembut.

"Untuk maju dalam kedua-dua Peramuan dan juga meditasi, saya teramat puas hati!" Kroft berkata sambil melihat ke arah Bicky yang berhampiran.

Bicky baru sahaja maju menjadi pembantu paderi tahap 2 dua hari yang lalu, dan tidak mempamerkan sebarang bakat yang luar biasa dalam Peramuan. Dengan kebolehan dia, ini dianggap perlahan.

"Harga akademi untuk pengenalan kepada model-model sihir mantera ialah 30 kristal ajaib, Saya boleh bagi diskaun untuk awak dan turunkan harganya kepada 20 kristal ajaib!"

"Walaupun saya boleh beri maklumat ini kepada awak secara percuma, saya nak awak tahu yang awak hanya akan mencapai hasil dengan usaha!"

Kroft tersenyum sedikit. Ini kuasa pensyarah. Mereka boleh mengenakan harga yang berpatutan kepada pelajar, ataupun beri maklumat tersebut secara percuma. Ini semua bergantung kepada mood pensyarah. Dari ini, ia jelas yang Kroft telah menerima Leylin.

Next chapter