"Apa yang berlaku pada dia?" Huo Mian bertanya dengan cemas, memikirkan sesuatu telah berlaku kepada Su Yu.
"Dia nak tinggalkan bandar sekejap dan penerbangannya pukul 1.20 tengah hari. Saya ingatkan dia pergi jumpa kamu sebelum pergi."
"Tinggalkan bandar? Ke mana?"
Huo Mian terkejut; Su Yu jarang meninggalkan Bandar C untuk jangka masa yang lama. Jika dia pergi bercuti ke luar negara sekalipun, paling tidak dia akan pulang dalam masa seminggu.
"Dia akan ke selatan dengan datuknya untuk pemeriksaan tentera. Dia akan pergi lebih kurang sebulan…"
"Macam mana dengan syarikat dia?"
"Bintang Diraja tak akan apa-apa, dia bagi arahan melalui telefon. Lagipun, timbalan presiden syarikat seseorang daripada keluarga dia. Jadi, ia tak akan ada apa-apa masalah."
"Oh, begitu."
"Jadi dia tak pergi cari kamu?"
"Tak." Huo Mian menggelengkan kepala dan Jiang Xiaowei bertanya dengan penuh syak wasangka, "Dia tak hubungi kamu?"
"Tak."
Support your favorite authors and translators in webnovel.com