"Ibu, jujur dengan saya, dekat mana Ibu jumpa orang bodoh macam dia?" tanya Su Yu dengan tidak sabar, membuatkan ibunya terkedu…
"Apa yang berlaku? Dia bodoh ke?" Mulanya, Puan Su menyangkakan orang yang diperkenalkan oleh kawannya sepatutnya seseorang yang bagus.
"Dia bukan saja bodoh, dia lebih suka menunjuk-nunjuk berbanding saya."
"Um… tak mungkinlah. Yu, kamu jumpa orang yang betul ke?" Puan Su yang risau bertanya.
"Mestilah, tak ramai doktor muda dekat pediatrik. Bukan ke dia tamat belajar dengan kepujian? Keluarga dia jual mainan…"
"Mainan apa, mereka dalam perniagaan kayu balak…" Puan Su membetulkan anaknya.
"Saya tak peduli apa mereka buat. Apa-apa pun… saya tak suka dia, dia salah seorang perempuan paling teruk pernah saya jumpa. Kalau saya kahwin dengan dia, Ibu dan ayah saya akan mati awal."
"Teruk sangat ke?" Puan Su berasa sangsi dan tertanya-tanya sama ada anaknya hanya membesar-besarkan cerita.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com