Huo Mian tidak membalas tetapi dia berpaling untuk melihat Song Yishi. "Sekarang dah lewat malam, kenapa Cik Song ada di rumah kita?"
"Oh… saya tak boleh tidur jadi saya keluar beli makanan. Saya lalu depan kawasan rumah kamu. Jadi, saya beli sikit untuk kamu berdua."
"Saya tak pernah tahu pun kamu duduk dekat sini. Kamu sengaja datang untuk berikan snek kepada kami?" Huo Mian memandangnya.
"Saya baru pindah sini sebab saya tak selesa duduk dengan ibu bapa saya sebab jadual saya berterabur. Saya tak nak ganggu mereka, jadi saya pindah keluar. Saya minta kawan saya carikan tempat untuk saya dan rupa-rupanya tempat tu di Taman Diraja."
"Kebetulan." Huo Mian mengangkat kening seolah-olah mahu mengatakan, siapa yang kamu cuba bodohkan?
Song Yishi tersenyum kekok. "Ya, saya pun terkejut. Huo Mian, kamu tak fikir bukan-bukan, kan?"
"Mestilah tak… terima kasih untuk jagung ni, sedap." Huo Mian memandangnya dengan mengejek.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com