Su Yu berjalan ke arah Qin Chu dan Huo Mian…
Semua orang menahan nafas seakan-akan menunggu untuk melihat apa yang Tuan Muda akan lakukan.
Berdasarkan pengalaman lampau, dengan baran Su Yu, tiada apa yang baik akan berlaku dengan kemunculannya, dan mereka menjangkakan dia berada di situ untuk membuat onar.
Qin Chu dan Huo Mian tidak terkejut melihat Su Yu…
Kerana di majlis begini, walaupun mereka merupakan pesaing, kemunculannya bukanlah sesuatu yang pelik.
"Presiden Qin… tahniah." Su Yu menghulurkan tangan.
"Terima kasih, Presiden Su."
Qin Chu menyambut tangan Su Yu dan mereka berdua berjabat tangan…
Sesiapa yang tidak tahu perkara sebenar masih tertanya-tanya dan siapa yang perasan akan mengetahui yang ini merupakan sebahagian daripada persaingan yang senyap.
"Kamu menang kali ni…" kata Su Yu dengan perlahan.
"Ia hanya tuah." Qin Chu tidak menunjukkan keangkuhan dan masih bersikap dingin seperti biasa.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com