Zhao Qingya melihat Su Yu tidak memberi tindak balas terhadapnya. Maka, dia mengambil keputusan untuk terus menggerakkan tangannya ke bahagian bawah tubuh Su Yu…
Zhao Qingya percaya keghairahannya akan menarik minat Su Yu.
Mungkin dia terlampau yakin dengan dirinya sendiri. Zhao Qingya tergamam apabila Su Yu menolaknya.
"Angin saya tak baik. Kalau kamu nak bermalam di sini malam ini, ada bilik tetamu di tingkat satu. Kalau kamu tak nak bermalam, kamu patut pulang ke rumah kamu." Su Yu bangun dan berjalan ke bilik tidur di tingkat atas selepas selesai berkata-kata.
Zhao Qingya terasa dimalukan. Ini kali pertama dia memulakan tetapi ditolak.
Dia hampir yakin yang Su Yu tidak lagi tertarik dengannya. Adakah dia telah jatuh cinta dengan seseorang?
Support your favorite authors and translators in webnovel.com