webnovel

Bulan Madu Kecil (5)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Saya tak perlukannya, terima kasih."

"Saya tak bergurau, saya serius," tegas Su Yu.

"Saya tak bergurau, saya juga serius. Saya tak perlukannya."

"Kamu sedang bekerja?"

"Tak."

"Di rumah?"

"Tak."

"Jadi, kamu di mana?" Su Yu menghantar emoji menjeling.

"Saya sedang bercuti."

"Seorang diri?"

"Tak." Huo Mian mahu mengatakan yang dia bersama suaminya tetapi Huo Mian tidak mahu Su Yu menganggap dia menunjuk-nunjuk. 

Namun, Su Yu segera dapat meneka dengan siapa Huo Mian bersama. Su Yu terdiam dan berhenti membalas. Satu-satunya cara untuk menghubungi Huo Mian ialah melalui mesej peribadi di Weibo. Su Yu tidak boleh meninggalkan komen kerana risau peminatnya akan mengetahui apa yang dilakukannya. Dia hanya boleh menghantar mesej peribadi kepada Huo Mian yang membuatkan dia berasa marah...

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter