Apabila Qin Chu keluar daripada kereta, barulah Huo Mian mengecam siapa orang itu. Dia tersenyum seperti kerang busuk dan menyeru, "Hei, kamu rupanya! Kenapa kamu di sini?"
Air muka Qin Chu begitu suram, tetapi dia kekal diam. Dia mencempung Huo Mian dan meletakkannya di tempat duduk penumpang. Selepas memakaikan tali pinggang keledar, pasangan itu memandu pergi.
Ketika Qin Chu selesai bekerja, jam sudah pun menunjukkan pukul 10 malam. Dia perlu singgah di rumah agam keluarganya.
Ayahnya berminat untuk melaburkan wang dalam projek lima bilion yuan. Jadi, dia meminta Qin Chu datang untuk berbincang mengenai hal itu.
Akhirnya, Qin Chu dan ayahnya mempunyai pendapat berbeza dan perbualan mereka menjadi hambar. Qin Chu menelefon Huo Mian sebaik sahaja dia meninggalkan rumah keluarganya.
Pada ketika itu, Huo Mian ke bilik air. Jadi, Huang Yue yang mengangkat telefonnya.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com