"Tak ada apa-apa." Huo Mian memalingkan kepalanya dengan suaranya terketar-ketar.
Qin Chu mengangkan tangannya untuk cuba mengelap air mata Huo Mian, tetapi Huo Mian segera memegang tangannya yang dicucuk IV dan memaksa Qin Chu menurunkan tangan.
"Jangan gerakkan tangan kamu. Darah itu mungkin mengalir balik."
"Okey." Qin Chu tersenyum kecil dan tidak berkata apa-apa.
"Oh ya, adakah kamu sudah tukarkan kembali waktu kerja pekerja kamu?" Soalan itu tiba-tiba terlintas di minda Huo Mian.
"Sudah."
"Betul?" Huo Mian menyoal.
"Kalau kamu tak percayakan saya, kamu boleh tengok sendiri." Qin Chu menarik keluar telefonnya dan menunjukkan siaran langsung rakaman keselamatan syarikat kepada Huo Mian.
Huo Mian berasa lega melihatkan para pekerja telah kembali ke jadual biasa mereka.
"Duduk di rumah dan rehat hari ini. Jangan pergi kerja."
"Tak apa. Saya akan keluar selepas IV ini nanti."
Support your favorite authors and translators in webnovel.com