Sebaik sahaja Tang Long berkata begitu, Guo Di yang sedang berguling dan meraung kesakitan itu terus terdiam sehingga dia hampir terlupa kepada kesakitannya. Dia kemudian menoleh kepada wajah kecil budak itu seperti dia melihat sesuatu yang sangat menggerunkan…
"Nie… keluarga Nie… suku keluarga Nie di sebuah pulau tunggal… dan budak ni…."
Tang Long ketawa kecil. "Naib Kapten Guo, awak rasa dia siapa?"
Guo Di dalam keadaan bingung. Dia bergumam perlahan sehingga ia hampir tidak kedengaran, "Putera Mahkota… keluarga Nie…"
Bukan sahaja Guo Di, malah askar upahan lain yang berdiri di tepi juga begitu takut sehingga wajah mereka berubah pucat.
Suasana sepi memenuhi segenap ruang.
Ketika itu, Guo Di yang sedang berguling di atas lantai, tiba-tiba bangun dan meluru kepada lelaki kurus itu.
Lebih tepat, dia meluru kepada pedang dalam tangan lelaki itu…
Support your favorite authors and translators in webnovel.com