webnovel

Dia Juga Mati Akal!

Editor: EndlessFantasy Translation

'APA! Tak bagi peluang untuk dia beritahu aku?

'Mustahil?!'

Ye Wan Wan berfikir dengan mindanya yang sedang berputar ligat. Dia sedar yang Si Ye Han seperti hendak berkata sesuatu sebelum dia memutuskan talian sebentar tadi. Tetapi dia tidak mahu tunggu dan terus memutuskan talian. 

Selepas itu, dia menyangka pasti tidak ada orang di dalam pejabat hari ini. Apabila dia masuk ke dalam pejabat, dia begitu terpesona dengan si cantik di hadapannya. Akhirnya dia tidak perasan tiga manusia lain di dalam bilik itu. Dia terus menuju ke arah Si Ye Han dan mencium lelaki itu. Dia memang tidak memberi peluang langsung untuk lelaki itu bercakap…

'Tak guna…'

Ye Wan Wan tidak sangka, selepas begitu bijak sepanjang hidupnya, dia akan membuat kesilapan bodoh seperti ini!

Satu perkara yang dia boleh lega, setiap kali dia berpakaian lelaki, dia tidak akan menggunakan suara perempuan. Tetapi apa gunanya perkara itu sekarang, huh!

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter