669 Sangat Dekat

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Awak rasa? Awak belum belajar berjalan tapi dah fikir nak berlari?" Ye Wan Wan menjeling Gong Xu. "Awak dah baca skrip yang saya bagi awak?"

Mata Gong Xu terus bertenaga sebaik sahaja Ye Wan Wan menyebut berkenaan skrip itu. "Saya dah baca, saya dah baca! Wow, hebat betul! Skrip tu dibuat khas untuk saya! Pelakon lelaki tu terlalu tampan kan?!"

'Tampan?

'Dia hanya anak manja tak guna daripada ibu bapa dia yang kaya raya…'

Ye Wan Wan menjawab, "Baguslah kalau awak suka."

Gong Xu terus bertanya dengan tidak sabar, "Bila awak nak mula penggambaran? Saya dah tak sabar-sabar!"

Mata Ye Wan Wan bersinar sekilas. "Bukan dalam masa terdekat. Awak patut fokus pada tugasan awak dan filem yang syarikat aturkan untuk awak. Penggambaran untuk projek ni tak terlalu mendesak."

"Ha? Kenapa? Saya nak buat projek ni dulu!" gumam Gong Xu.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter