webnovel

Perangkap Rupawan

Editor: EndlessFantasy Translation

Apabila Si Ye Han mendengar ngomelan gadis itu, dia menghulur tangannya dan merasa dahinya. Setelah seketika, wajah lelaki itu tampak tenang. "Suhu normal. Awak tak demam."

Wajah Ye Wan Wan berubah suram.

'APA!

'Aku berendam dalam air ais, tapi semua tu sia-sia?

'Sebenarnya aku dah tahu masa aku bangun tidur tadi. Bukan sahaja aku tak demam, aku rasa lebih cergas dan boleh berlari laju!'

Dia tiada pilihan lain dan hanya boleh menunjuk kemahiran lakonannya…

Ye Wan Wan terus membantah, "Mengarut, jadi kenapa saya rasa tak selesa? Tangan awak tak tepat! Penipu! Awak hanya mahu pergi! Awak memang nak tinggal saya seorang diri dekat sini!"

Untuk lebih selamat, Si Ye Han meletak jarinya di pergelangan tangan gadis itu.

Ye Wan Wan melihat tindakan Si Ye Han dan tergamam. 'Tak guna, sejak bila dia pandai baca denyutan nadi orang pula ni?'

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter