webnovel

Saya akan Tunjukkan Padanya!

Editor: EndlessFantasy Translation

Bagaimana mungkin wanita itu dirasakan begitu berbeza dengan dia yang dahulu...

Mubai merenung ke arah Xinghe dengan penuh minat, tanpa sedikit pun menyedari kewujudan Tianxin yang duduk disebelahnya.

Disebabkan kemarahannya, jari jemari Tianxin hampir memecahkan tangkai gelas wainnya.

Namun selepas dia melihat Wushuang bergerak ke sisi Xinghe, dia tersenyum.

Dia tidak perlu bersusah payah jika dia mahu Xia Xinghe dibereskan. Terlalu ramai orang yang ingin melihat dia mati!.

Xia Wushuang akan menjadi orang pertama yang akan menawarkan diri untuk melakukannya.

Apabila Wu Rong mengahwini Xia Chengwen, Wushuang sudah pun lahir. Wushuang sudah berusia tiga tahun apabila dia menyertai keluarga Xia.

Xinghe pula dua tahun lebih tua daripada Wushuang tetapi dia lebih cantik dan bijak.

Xinghe akan pulang ke Hwa Xia untuk tinggal bersama bapanya buat suatu ketika setiap tahun. Setiap kali pulang, Chengwen akan memberikan layanan yang terbaik buatnya.

Apabila Xinghe ada, Wushuang akan berasakan dirinya seperti orang luar. Kedudukannya sebagai seorang puteri di dalam rumah akan terancam.

Disebabkan itu, kebencian Wushuang terhadap Xinghe sangat mendalam. Dia sentiasa berharap Xinghe akan lesap begitu sahaja.

Apabila mereka meningkat dewasa, jarak di antara dua beradik ini semakin besar, Xinghe menjadi semakin cantik dan sangat suka bersaing. Mereka bersaing sesama mereka dengan amat keterlaluan sekali.

Wushuang kecewa dengan dirinya kerana hidupnya sentiasa dibayangi Xinghe dan kebenciannya semakin membuak-buak setiap hari.

Selepas 20 tahun berlalu, perasaan benci itu sudah menjadi perkara yang biasa umpama hela nafas yang dihembusnya.

Keinginan untuk menghancurkan Xinghe akan timbul didalam hatinya tiap kali dua beradik ini bertemu.

Keinginan tersebut merupakan sesuatu yang tidak dapat dikawalnya lagi.

Lebih lebih lagi sekarang Xinghe menunjukkan tanda-tanda yang dia akan bangkit daripada keadaannya yang teruk. Ini menyebabkan Wushuang hampir gila kerana dikuasai oleh kebencian dan kemarahan.

Dia tidak akan membiarkan perempuan sundal Xinghe menikmati kepuasan.

Wushuang tidak mampu memaafkan dirinya sendiri jika dia membiarkan sahaja Xinghe terlepas daripada kesalahannya yang telah menyiksa Wushuang selama 20 tahun yang lepas.

Oleh itu, apabila dia melihat Xinghe berjalan keluar seorang diri, dia turut ikut sama. Satu rancangan sudah terbentuk di mindanya.

Xinghe berjalan melepasi sebuah patung lilin dan dia menyedari kehadiran Wushuang melalui bayang pada patung tersebut.

Dia tersenyum dan memalingkan badannya secara tiba-tiba untuk berhadapan dengan Wushuang.

Wushuang agak terkejut dengan pergerakan mendadak Xinghe itu.

Dia tidak sempat untuk menyembunyikan niat jahat yang terpancar di matanya dan ini disedari oleh Xinghe.

Wushuang tidak perlu menyembunyikan sifat sebenarnya di hadapan Xinghe lagi. Dia bukan lagi wanita yang lebih lemah antara mereka berdua. Dia seorang wanita dengan status yang lebih tinggi. Tamat sudah hari-hari dahulu di mana dia terpaksa berpura-pura tersenyum apabila melihat Xinghe.

Dengan renungan yang dingin, Wushuang berkata dengan lantang, "Xia Xinghe, sudah lama kita tidak bertemu. Tak sangka kan kamu masih mencuba untuk membuat kemunculan semula? Tapi sebenarnya kan saya kagum dengan kamu. Bukan calang-calang wanita yang sanggup untuk terus berhubungan dengan bekas suami semata-mata demi nafkah, biarpun kamu tahu dia sudah pun bertunang dengan perempuan lain. Kamu pun tahu perempuan itu akan mendapat hak penjagaan penuh anaknya. Macam mana kamu boleh sanggup ya?"

Wushuang menyudahkan ayatnya dengan ketawa sinis.

Xinghe menjawab dengan tenang, "Jadi kamu datang untuk mentertawakan saya?"

"Ya, betul!" Wushuang mengaku, "Tapi sekadar mentertawakan kamu tidak cukup. Saya mahu hancurkan kamu! Xia Xinghe, kamu tahu tak betapa saya bencikan kamu?"

Enam tahun yang lepas mungkin Xinghe tidak tahu.

Tapi sekarang dia cukup tahu.

"Saya tahu kamu bencikan saya. Tapi saya ada satu soalan. Kamu cuma seorang anak angkat yang dibesarkan dengan harta keluarga Xia. Jadi, layak kah kamu untuk membenci saya?"

Perkataan 'anak angkat' itu cukup menyakitkan. Ditambah pula dengan suara Xinghe yang penuh angkuh, ia membuatkan Wushuang hilang sabar sama sekali.

Next chapter