webnovel

Dengarlah Dunia, Xia Xinghe Sudah Kembali!

Editor: EndlessFantasy Translation

Chui Ming pada awalnya sangat mencurigai 001. Tetapi syak wasangka yang dimilikinya segera hilang apabila 001 dengan sukarelanya membantu menambah baik perisian tersebut.

Bagi pihaknya, Chui Ming segera memindahkan wang ganjaran tersebut.

Dia turut menambah 1,000,000 menjadikan jumlah keseluruhan bayaran tersebut ialah 11,000,000 RMB!

001, saya berharap kita boleh meneruskan kerjasama ini. Syarikat saya mengalu-alukan kamu dengan tangan terbuka, Chui Ming membuat tawaran.

Sama seperti Mubai, dia sanggup beberbelanja besar untuk bakat yang hebat.

Saya lebih gemar bekerja secara bebas, balas Xinghe sebelum dia log keluar.

Pada masa yang sama, dia menerima mesej yang menyatakan bahawa 11,000,000 RMB telah dimasukkan ke dalam akaunnya!

Xinghe memberi senyuman lebar yang jarang diukirnya dan berkata, "Zhi, jom kita pergi beli kereta esok. Kamu boleh pilih apa sahaja yang kamu suka di bawah harga 5,000,000 RMB."

Mata Xia Zhi terbeliak dengan kejutan.

Dia merasakan perasaan gembira melandanya seperti puting beliung. Dia tidak dapat menyekat perasaan itu walaupun jika dia mencuba.

Tapi, dia sendiri tidak mahu menghalang perasaan itu. Biarkan ribut gembira ini melanda saya! Dia menjerit di dalam hati.

Malam itu, dia mengubah statusnya di media sosial dan status tersebut kekal begitu untuk beberapa tahun lamanya.

Status tersebut berbunyi – Menguasai Dunia dengan Kakak Adiwira!

Selepas Xia Zhi yang gembira kembali ke bilik tidurnya, Xinghe ditinggalkan seorang diri.

Dia melihat pada kedua-dua tangannya yang dirapatkan bersama seolah-olah dia sedang mengikat takdirnya sendiri.

Ya, akhirnya takdirnya terikat kemas dalam genggamannya sendiri!

Dia tidak akan membiarkan Tuhan mengarah hidupnya lagi.

Mulai detik itu, perjalanan hidupnya yang gemilang secara rasminya bermula…

Dia akan pastikan mereka yang membuli, menghina dan mengambil kesempatan terhadapnya terpaksa menjilat kembali ludah mereka.

Dia nekad untuk menghadiri majlis ulang tahun kelahiran Lin Lin yang akan diadakan lusa dengan keadaan dirinya yang terbaik.

Dia akan tunjukkan pada Lin Lin bahawa ibunya ialah seorang wanita yang hebat.

Dunia sekeliling perlu berhati-hati kerana Xia Xinghe sudah kembali!

Majlis ulang tahun kelahiran tuan muda Keluarga Xi menjadi buah mulut orang ramai apabila harinya semakin hampir.

Sesiapa sahaja yang menerima jemputan tersebut akan menayangkannya kepada orang lain kerana itu menunjukkan bahawa mereka mempunyai kepetingan sosial tertentu.

Tianxin sudah lama berusaha keras untuk majlis tersebut.

Ini adalah penampilan pertamanya secara umum selepas hubungannya dengan Mubai disahkan. Dia perlu memastikan dia merupakan orang paling menyerlah dalam majlis tersebut. 

Dia mahu semua orang tahu bahawa mulai detik itu, dia akan menjadi Puan Besar baharu di rumah Keluarga Xi. Dia mahu menyampaikan pesanan bahawa Xi Mubai adalah miliknya!

Gambaran mengenai orang lain yang akan meminatinya serta memberi pandangan cemburu membuatkan Tianxin ketawa galak.

Pada masa itu, Puan Tua Chu membuka pintu bilik tidurnya. Dia ketawa kecil melihatkan anaknya ketawa sambil memegang gaun yang dibuat khas untuknya, "Tianxin, apa yang lucu sangat?"

"Tiada apa apa. Saya hanya berasa sangat gembira." Tianxin membalas dengan ceria.

Bak kata pepatah, seorang ibu mengerti segalanya. "Kamu sedang memikirkan tentang majlis esok?" Puan Tua Chu bertanya dengan bijaksana.

"Mak, mak rasa saya akan jadi yang paling cantik esok?" tanya Tianxin dengan bersemangat sambil berpusing-pusing dengan gaunnya.

Puan Tua Chu membalas dengan bangganya, "Sudah tentulah! Anak mak ini memang semulajadi cantik. Dia akan menjadi yang paling cantik di mana sahaja dia berada. Lagipun, kamu akan mengahwini Mubai. Tiada orang yang mampu menjadi lebih menyerlah daripada kamu."

"Kalaulah Xia Xinghe ada di sana juga." Tianxin yang bangga dipuji menyatakan apa yang terbuku dalam hatinya.

Puan Tua Che mengerutkan dahinya dan berkata, "Kenapa kamu mahu dia ada di sana?"

"Apa-apa pun, dia tetap ibu kepada Lin Lin. Dia ada hak untuk berada di sana. Saya akan telefon Mubai nanti untuk minta dia jemput Xinghe."

"Kenapa kamu mahu menjemput orang yang akan sakitkan mata kamu?" Puan Tua Chu membangkang sekeras-kerasnya.

Perempuan liar itu mencuri pasangan anaknya. Dia sungguh-sungguh membenci Xinghe.

Next chapter