"Weiwei, agensi beritahu saya kamu ada peluang untuk satu uji bakat." Pengurus Ma Weiwei berkata dengan teruja selepas dia menghubungi penerbit Amerika itu. Jauh di sudut hatinya, dia tahu jika Ma Weiwei satu topik perbincangan popular pun sekarang, Ma Weiwei masih tidak boleh dibandingkan dengan Tangning yang serba boleh. Jadi, dia tidak pernah membayangkan Ma Weiwei akan menerima peluang untuk uji bakat.
"Itu sebab saya lebih bertuah daripada Tangning." Ma Weiwei berkata dengan tenang kepada pengurusnya. "Kamu tunggu dan lihat saja. Saya pasti tak akan kalah dalam semua yang buat, sama macam Tangning."
"Mestilah. Weiwei kitakan hebat…"
Dia memang hebat – hebat dalam pembedahan plastik dan mencetuskan kekecohan.
Malangnya, Ma Weiwei tidak tahu penerbit itu hanya memberi dia peluang uji bakat hanya kerana lelaki itu mahu melihat seteruk mana dia dibandingkan dengan Tangning.
...
Support your favorite authors and translators in webnovel.com