"Long Jie, saya sedar saya mungkin dengar macam tak munasabah sekarang. Tapi, saya cuma nak jumpa Tangning."
Long Jie tahu tiada kata-kata yang boleh menembusi Xia Hanmo kini kerana fikirannya hanya tertumpu pada Zhou Qing sepenuhnya. Dia cuma menyangkakan semua orang salah faham padanya dan Zhou Qing.
Long Jie menundukkan kepala dan berfikir sesaat sebelum dia menelefon Tangning. "Xia Hanmo nak jumpa kamu."
"Kalau boleh, saya nak jumpa Lin Qian juga."
Sekarang, Xia Hanmo cuma mahu membersihkan nama Zhou Qing sahaja. Dia mahu semua orang tahu yang Lin Qian membuat huru hara.
Yang semuanya dirancang oleh Lin Qian…
Mungkin ini yang dimaksudkan dengan 'pemerhati melihat permainan lebih daripada yang bertanding'.
Akhirnya, Tangning bersetuju mahu bertemu Xia Hanmo. Tetapi, apabila mereka berdua bersemuka semula, keadaan tidak lagi sama seperti dahulu. Kedua-dua mereka tidak mempunyai sentimen pada satu sama lain.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com