Wanita itu tahu tentang Tangning. Lagipun, Tangning sudah menggoncangkan arena antarabangsa beberapa kali.
Tetapi, siapa pun lawan mereka, pasukan Cate yakin syarat tambahan mereka akan ditambah ke dalam kontrak.
"Di Perancis, saya dilayan seperti khazanah negara. Semua yang saya duduk ialah standard 5 bintang. Tapi, tengok hotel di Beijing ini. Pendingin hawa pun rosak."
"Saya tak nak duduk di tempat begini."
Kalau seseorang merungut Hollywood melayan pelakon asing dengan salah, mereka perlu bertahan kerana ia Hollywood. Tapi, Superstar Media ingat mereka siapa jika dibandingkan?
Pasukan Cate bersedia berlawan dengan Tangning. Mereka sudah mempunyai seribu alasan untuk meyakinkan Tangning menerima syarat baru.
Tetapi, mereka jelas sekali memandang rendah pada kemampuan Tangning sebagai pengurus dan bos.
Mereka menyangkakan dia ke sini sebagai pelakon.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com