"Luo Xing…"
Kali ini, Tang Jingxuan berpusing dan tidak memandang ke belakang. Hubungan itu sesuatu yang memenatkan dan dia benar-benar perlu berehat.
Song Yanshu memandang Tang Jingxuan beredar. Tetapi, dia tiada hak untuk menahannya. Dia bukan sesiapa bagi Tang Jingxuan. Jika dia perlu dikenali sebagai sesuatu, dia hanyalah bekas pengurus Tang Jingxuan.
...
Tang Jingxuan masuk ke tempat parkir bawah tanah bersendirian. Ketika dia berjalan masuk, dia terpandang Kak Yi dan pengurusnya yang baru sahaja berbual dengannya tadi.
"Luo Xing, kamu ada masa nak minum-minum?"
"Maafkan saya, Kak Yi. Mungkin lain kali?" Tang Jingxuan menolak.
"Kamu tak takut saya akan buat masalah untuk bekas pengurus kamu lagi?" Kak Yi tersenyum bangga. "Satu minuman saja… saya janji…"
Tang Jingxuan bukannya bodoh. Dia jelas sekali tahu niat wanita ini.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com