webnovel
avataravatar

Dia Tak Hadir Ke?

Editor: EndlessFantasy Translation

Pelancaran Produk Tahunan Syarikat Tang semakin hampir, tetapi orang ramai belum lagi menerima khabar sama ada Tangning akan hadir atau tidak.

Selepas menyelesaikan isu dengan senarai VIP yang bocor, Tangning sekali lagi hilang daripada pandangan semua orang. Walaupun sebagai Pemangku CEO, dia hampir tidak membuat sebarang kemunculan. Jadi, kakitangan Syarikat Tang jarang sekali berpeluang melihatnya.

3 petang. Tetamu mula berkumpul di bilik menunggu di Hotel Mahkota Bintang di mana Pelancaran Produk Tahunan Syarikat Tang akan diadakan. Tetapi, Tangning masih tidak kelihatan di mana-mana.

Tang Xuan berada di dalam salah sebuah bilik menunggu. Pakaian dan solekannya sudah sedia ketika dia memandang rupanya di cermin solek. Lin Shaoyuan dan jurusolek berdiri di belakangnya. Jurusolek itu mengamati Tang Xuan dengan teliti.

"Encik Lin, dia dah siap." Jurusolek itu meletakkan peralatannya dan berundur ke belakang Lin Shaoyuan.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter