webnovel

Perempuan di Kiri dan Kanan

Editor: EndlessFantasy Translation

"Sama-sama. Lagipun, kita dari syarikat yang sama," jawab Ning Xi. 

Sikap rendah hati Ning Xi membuatkan Li Yiqing bertambah bersyukur. "Kak Xi, datuk saya adalah seorang doktor perubatan tradisional Cina dan dia sangat pandai mengurut. Saya mula belajar dari dia sejak saya kecil lagi. Kak Xi nak saya urut tak?"

Ning Xi tersenyum. "Tak apa, kamu boleh buat kerja kamu. Jangan biar saya ganggu kamu buat kerja."

Li Yiqing menggelengkan kepalanya. "Tak ganggu pun. Sesi uji bakat saya dah selesai! Biar saya urut badan kamu sebagai tanda penghargaan kepada apa yang berlaku tadi. Kalau tak, saya akan rasa terhutang budi!"

Ning Xi merenung wajah Li Yiqing yang penuh dengan keazaman. Dia tidak sampai hati ingin menolak tawaran gadis itu. "Baiklah kalau macam tu. Terima kasih."

"Okey!" Li Yiqing berdiri di belakang Ning Xi dengan gembira. Kedua-dua tangannya yang kecil dan putih diletakkan di atas bahu Ning Xi sebelum dia mula mengurut perlahan-lahan. 

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter