Di dalam bilik mesyuarat Panggung Wayang Timur, pemegang-pemegang saham panggung wayang itu menyuarakan kesangsian mereka, "CEO Fang, semua orang tahu filem yang mendapat keuntungan yang paling tinggi sekarang ni ialah filem Zheng Kangde. Saya tak tahu kenapa kamu terfikir nak buat keputusan yang mengarut macam ni. Kamu kurangkan slot tayangan untuk filem Zheng Kangde, dan gantikan dengan filem "Pengejar Mimpi" yang tak dikenali tu? Dan sebanyak 60 peratus pula tu! Saya harap kamu boleh bagi kami penjelasan!"
Semua ahli kumpulan pengurusan dan para pemegang saham mengangguk tanda bersetuju.
"Walaupun kamu percaya dengan keupayaan Chen Mian, bagi dia kuota 10 peratus pun dah mencukupi, tapi sekarang ni kita bercakap tentang 60 peratus! Ini mengarut! Filem Hollywood pecah panggung tahun lepas, 'Hidup Di Hujung Tanduk' pun dapat 60 peratus! Apa yang membuatkan drama-komedi ni layak dapat sama macam tu?"
Support your favorite authors and translators in webnovel.com