webnovel

Ada Orang Nak Pindah Masuk?

Editor: EndlessFantasy Translation

Ning Xi serta-merta pergi ke studio untuk mengumumkan berita baik itu sebaik saja mereka kembali ke bandar. 

"Apa? Tuan Tua Song setuju?!" Han Momo terlalu teruja sehingga dia melompat dari tempat duduknya. "Kak Xi, kamu memang hebat!"

Qiao Weilan masih sedang sibuk mencari seorang artis kebangsaan dan langsung tidak menyangka yang Ning Xi akan membawa balik berita yang begitu baik. Dia berasa sangat lega dan kekagumannya terhadap Ning Xi semakin menebal. 

Siapa sangka yang gadis itu akan berjaya lakukannya?!

"Kak Xi, Kak Xi! Macam mana kamu buat?"

"Bos, kamu berjaya dapatkan persetujuan dari Tuan Tua Song?" Gong Shangze terdengar bunyi riuh-rendah dari luar, jadi dia datang mendekati mereka. 

"Ya. Kamu ingat tak yang hari tu kita ada tinggalkan maklumat tentang studio kita di luar pintu Tuan Tua Song? Tuan Tua Song kata dia dah tengok dokumen tu. Malah, dia puji yang rekaan kamu boleh tahan dan tak akan cemarkan reputasi dia!"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter