Memandangkan Yan Ruyi sudah menolak cadangan Lu Xinyan dan tidak mahu susahkan Lu Tingxiao, Guan Ziyao mesti tidak akan buat sesuatu yang bertentangan dengan apa yang Yan Ruyi mahukan.
Yan Ruyi lebih penting jika nak dibandingkan dengan Lu Xinyan.
Oleh itu, Guan Ziyao menasihati Lu Xinyan dengan penuh bijaksana, "Xinyan, sepupu kamu sibuk sangat kebelakangan ni, lebih baik kamu jangan susahkan dia untuk perkara macam ni."
Yan Ruyi puas hati apabila mendengar jawapan Guan Ziyao.
Walau bagaimanapun, Lu Xinyan pula yang kelihatan tidak gembira.
Guan Ziyao memikirkannya dan meneruskan, "Bukannya tak ada cara lain… walaupun saya tak biasa sangat dengan China, saya boleh minta kawan-kawan saya tolong kalau mereka boleh bercakap dengan orang dalam Spirit."
"Baguslah! Kakak Ziyao, kamu memang bijak!" Lu Xinyan serta-merta menjadi ceria.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com