webnovel

Bos Besar, Awak Sangat Tidak Senonoh!

Editor: EndlessFantasy Translation

Walau bagaimanapun, gadis itu kelihatan tenang. Matanya yang bersinar menunjukkan anginnya berada dalam keadaan baik.

"Kalau gembira sekalipun, awak mesti tidur. Jom masuk tidur." Lu Tingxiao mengambil tin bir di tangan Ning Xi.

Ning Xi mendepakan tangannya dan berkata dalam nada jenaka, "Bawa saya!"

Lu Tingxiao segera mematuhinya.

Selepas Lu Tingxiao mengangkatnya dengan berhati-hati ke katil, Ning Xi masih tidak mahu melepaskan lelaki itu. "Teman saya!"

Lu Tingxiao teragak-agak buat seketika sebelum bersetuju dengan permintaan gadis itu.

Ning Xi baring di tempat tidur dengan tenang sebelum kembali membuka matanya dan memandang lelaki yang baring di sebelahnya dengan perasaan gembira. "Bos Besar, saya mabuk!"

"Mmm."

Ning Xi berguling dan bersandar di dada Lu Tingxiao kemudian dia menyentuh dada lelaki itu sambil bertanya, "Ni kan peluang keemasan, awak tak nak ambil kesempatan ke?"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter