webnovel

Seperti Pertemuan Kekasih Rahsia

Editor: EndlessFantasy Translation

Tidak lama kemudian, semua orang kembali sedar.

Wow! Apa yang dah berlaku tadi?

Lu Tingxiao cium Ning Xi!

Ning Xi berjaya dapatkan ciuman?

Bukan, sebenarnya Ning Xi tak minta pun. Dia berhenti mencuba tetapi Lu Tingxiao yang masih mahu menciumnya!

Ning Xueluo hampir saja memecahkan gelasnya. Kemudian dia mendengar bunyi gelas pecah di sebelahnya. Gelas wain Su Yan telah jatuh ke atas lantai.

"Maaf… saya… saya nak pergi tandas." Su Yan segera keluar.

Ning Xueluo berasa tidak gembira apabila dia melihat reaksi Su Yan. Kenapa dengan lelaki itu? Kenapa dia menjadi emosi apabila melihat lelaki lain mencium Ning Xi?

Ning Xueluo menyangka dia sudah berjaya mengawal Su Yan sepenuhnya dan lelaki itu hanya rasa bersalah kepada Ning Xi. Tetapi pada saat itu, dia berasa cemas.

Apa yang paling mengganggu dia ialah Lu Tingxiao betul-betul cium Ning Xi! Mustahil betul!

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter