webnovel

Saya akan Pikat Kamu Dulu

Editor: EndlessFantasy Translation

Apabila kedua-dua pihak dah bersetuju dan dah tak ada apa-apa isu, Chen Mian mula meneliti skrip itu dengan Ning Xi.

Penggambaran itu berjalan dengan lancar dan mereka selesaikannya dengan tiga kali ulang sahaja. Dua kali lagi hanyalah untuk merakam daripada sudut yang berbeza. Akhirnya, Chen Mian berasa puas hati apabila melihat imej di dalam kamera. Tak hairanlah Orang Tua Guo itu puji artis baru ini banyak kali dalam kalangan pengarah filem!

Selepas penggambaran itu selesai, Ning Xi segera menukar pakaiannya kepada baju yang lebih kasual untuk memudahkannya. Lagipun, makin ramai orang yang dah cam mukanya sekarang. 

Ning Xi sibuk untuk dua hari lepas, jadi akhirnya Jiang Muye boleh gunakan peluang ini untuk berbual dengannya. Jiang Muye segera menghentikan Ning Xi dengan mata yang bersinar. "Nak pergi main permainan video dekat rumah saya tak? Saya ada tiga lagi pertarungan sebelum boleh naik satu tahap! Saya tak boleh kalah!!!"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter