webnovel

Adakah Awak akan Bersama dengan Dia?

Editor: EndlessFantasy Translation

Lewat malam di Istana Platinum.

Selepas Lu Tingxiao menghantar Ning Xi pulang, dia menerima panggilan telefon daripada Mo Lingtian sebaik sahaja dia sampai di rumah.

Suaranya jelas sekali kedengaran yang dia mabuk. Perkataannya juga kedengaran tidak jelas. Malah, dia juga menjerit kepada lelaki itu supaya minum sekali dengannya di rumah. Tidak lama kemudian, bunyi "bam" yang kuat jelas kedengaran dan selepas itu keadaan kembali senyap. Mungkin dia telah rebah. 

Lu Tingxiao mengerutkan dahinya. Dia tidak ada pilihan lain melainkan mengambil kunci keretanya dan terus memecut ke rumah Mo Lingtian.

Ketika dia sampai di rumah Mo Lingtian, dia melihat lelaki itu sedang terbaring di atas salji di hadapan pintu rumahnya…

Kalau dia tidak pergi, mungkin lelaki itu akan terbaring di sana semalaman.

Lu Tingxiao memicit dahinya lalu mengangkat lelaki itu masuk ke dalam.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter