Ning Xi tercengang sebaik sahaja mereka sampai di lapangan menembak itu. Dia tidak menyangka yang tempat itu begitu besar. Ia berkeluasan kira-kira 1500 kaki persegi dan mempunyai dua lapangan menembak pelbagai guna yang standard. Setiap satu lapangan itu dilengkapi dengan sembilan buah papan sasaran yang telah direka secara profesional. Ia juga dilengkapi dengan koleksi pistol yang sempurna.
Malah, lapangan itu turut menyediakan sebuah pameran senjata yang dipenuhi dengan pelbagai jenis pistol tangan, senapang, mesin menembak dan banyak lagi. Ada sesetengah askar turut mengunjungi tempat itu untuk berlatih menembak.
Ning Xi tidak henti-henti berpaling dan melihat apa yang ada di lapangan itu. Dia begitu teruja dia sehingga hampir-hampir terlanggar tiang di depannya. Kalau bukan kerana Lu Tingxiao memimpin tangannya, sudah tentu kepalanya sudah terhantuk di tiang itu.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com