webnovel

Lu Tingxiao yang Bujang dan Suka Menyeksa

Editor: EndlessFantasy Translation

Apabila Lu Tingxiao melihat kekecewaan pada wajah Ning Xi, dia membelai rambut Ning Xi dan menenangkannya, "Kamu akan dapat yang lebih baik daripada tu."

Ning Xi menerima kata-kata Lu Tingxiao sebagai pujukan biasa. Dia masih rasa terkilan kerana tak dapat sertai uji bakat itu. Sebenarnya, walaupun dia diberi pilihan untuk pergi uji bakat, dia mungkin akan gagal kalau diuji dengan babak-babak aksi. Dia mesti tak akan lulus dengan keadaan kakinya yang cedera sekarang! Malangnya!

Ning Xi harap kata-kata Si Syaitan itu akan jadi kenyataan dan dia akan dapat sesuatu yang lebih baik. 

Lu Tingxiao sedar Ning Xi tak gembira, jadi dia berkata dengan lembut, "Saya akan bawa kamu bersiar-siar esok."

Mata Ning Xi bersinar dengan terang. "Betul ke ni? Kita nak buat apa? Tunggang kuda, main ski, sukan payung terjun atau berlatih menembak?"

Lu Tingxiao memandang Ning Xi. "Tengok pemandangan."

Ning Xi terdiam.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter