Penggambaran kedua-dua adegan utama itu sepatutnya akan mengambil masa sepanjang hari hari ini, tetapi disebabkan mereka berjaya menyempurnakannya dalam satu take, mereka mampu menyelesaikan semuanya dalam masa setengah hari sahaja.
Jadi, ada masa yang lebih dari cukup untuk temu bual tengah hari itu.
Ning Xi dan Jiang Muye mempunyai dinamik yang bagus dan mereka menjawab semua soalan yang ditanya. Para wartawan juga menjaga air muka mereka dengan tidak bertanya soalan-soalan yang berkaitan dengan topik sensitif.
Selepas menemu bual tentang filem itu dan melihat keadaan sangat bagus, para wartawan mula bertanya beberapa soalan peribadi.
"Muye, saya nak tanya satu soalan yang rasanya dah selalu ditanya. Saya tak dapat mengelak daripada bertanya soalan yang sama dan saya nak tanya sekali saja. Kamu suka gadis yang bagaimana? Dalam realiti, adakah kamu suka gadis yang lebih kuat dan aktif seperti Meng Changge?"
Support your favorite authors and translators in webnovel.com