Ning Xueluo terdiam.
Tidak ada apa-apa bunyi yang kedengaran dari talian Ning Xueluo. Kemudian, perempuan itu meletakkan telefon.
Sangat sukar untuk membayangkan riak wajah Ning Xueluo selepas dia mendengar kata-kata itu. Perempuan itu pasti sangat cemas sehingga dia akhirnya membuat keputusan untuk meletakkan telefon.
"Pfft! Xiao Xi Xi, jahatnya kamu! Kamu dah takutkan perempuan itu dengan sangat teruk!" Ujar Lu Jingli dengan kagum.
"Kamu cakap ini jahat? Kamu terlalu muda dan tak berpengalaman! Sekarang, saya akan tunjuk kepada kamu sesuatu yang lebih jahat!" Ning Xi menggigit bibirnya dan menekan butang telefonnya. Sesaat kemudian, rakaman perbualannya dengan Ning Xueluo mula kedengaran.
Ya, dia telah merakam perbualan itu.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com