webnovel

Satu Ciuman untuk Menuntut Haknya

Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas Ning Xi kembali, Jiang Muye akhirnya menghela nafas lega. "Kenapa kamu lama sangat? Saya ingat kamu terjatuh ke dalam mangkuk tandas!"

"Lebih teruk daripada mangkuk tandas, saya terjatuh ke dalam sarang serigala!" Ning Xi berbaring di atas sofa. Dia masih dalam keadaan terkejut.

"Apa maksud kamu?" Jiang Muye mengerut dahinya.

"Saya masuk ke bilik yang salah. Kamu tak akan percaya semua hartawan paling kaya dalam ibu negara sekarang berada di bawah satu bumbung! Malah ada satu si gemuk menjijikkan yang tak nak lepaskan saya. Dia paksa saya minum bersamanya!"

"Apa?" Wajah Jiang Muye terus berubah dan dia memeriksa gadis itu dengan cemas dari kepala hingga kaki. "Habis itu, macam mana kamu melarikan diri?"

Ning Xi mendengus, " Sebab saya bernasib baik, dan bertemu dengan bos terbesar antara semua bos."

Apabila mendengar kata-katanya, riak wajah Jiang Muye menjadi suram, "Jangan beritahu saya orang itu Lu Tingxiao?"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter