Pada pendapat Lin Yue, lelaki itu terasa dengan kata-katanya. Lagipun, semua orang di dunia ini inginkan anak lelaki! Malangnya, ada orang yang mati tanpa ada pewaris kerana mereka telah banyak berbuat jahat dalam kehidupan yang lalu! Namun, Lin Yue tidak sangka yang wajah Lin Jingfeng berubah bukan disebabkan dia kata Lin Jingfeng akan mati tanpa pewaris, pada pendapat Lin Jingfeng, anak perempuannya juga boleh jadi waris keluarga juga.
Lin Jingfeng marah kerana sikap Lin Yue terhadap anak perempuan!
Tidak mengapa jikalau Lin Yue lebih sukakan anak lelaki, tetapi berani sungguh Lin Yue merepek begitu di depan Lin Jingfeng?! Lin Jingfeng tidak pernah terfikir yang anak perempuan lebih rendah berbanding anak lelaki! Memikirkan ini, dia menyeringai dan mencengkam kuat leher Lin Yue, wajah sangat ganas.
"Kamu memang menjemput maut!"
Support your favorite authors and translators in webnovel.com