"Kamu mahu apa?"
Wu Zhong tersedar dari lamunannya hanya untuk mendapati yang Yun Luofeng sudah berada di hadapannya. Tiba-tiba, dia terasa suatu angin yang dingin menampar mukanya dan dia tubuhnya terus menggeletar. Dia terfikir kenapa dia boleh dikuasai oleh seorang gadis berumur 14 tahun.
Dia tidak rasa perasaan ini walaupun berdepan dengan orang yang lebih kuat darinya suatu ketika dulu!
"Bukankah kamu ingin memiliki Pavilion Luofeng?" Yun Luofeng menaikkan keningnya dan berkata, "Maka saya akan tunaikan cita-cita kamu! Asalkan kamu dapat menewaskan saya, Pavilion Luofeng akan menjadi milik kamu."
Wu Zhong tidak dapat mempercayainya. Dia merenung Yun Luofeng, matanya terbeliak.
Adakah dia serius melepaskan Pavilion Luofeng jika Wu Zhong dapat menewaskan dia?
"Kamu serius?" Mata Wu Zhong bergenang dengan keterujaan. Dia tidak menyangka dia akan dapat memiliki Pavilion Luofeng dengan begitu mudah!
Support your favorite authors and translators in webnovel.com