Nampaknya, azimat Teknik Mengejar Matahari itu merupakan sesuatu yang sama dengan Teknik Perjalanan Sepuluh Ribu Batu Orang Mulia.
Singa jed putih Pertapa Keempat Dari Hemah Agung meneruskan penjelasannya, "Kawan kecil Shuhang, Pertapa Ketujuh Dari Hemah Agung telah membuat beberapa perkembangan semasa memeriksa Labu Kesyaitanan Penguasa Jiwa awak, boleh jadi ia akan mengingatkan kawan kecil Shuhang melalui Teknik Penerbangan Mengejar Matahari dan bawa awak kepada kami."
Song Shuhang bergumam, "Orang itu ada kaitan dengan Labu Kesyaitanan Penguasa Jiwa ke?"
Labu Kesyaitanan Penguasa Jiwa merupakan sesuatu yang telah dihantarnya ke angkasa melalui pedang terbang pakai buang yang diberikan oleh Putih Yang Mulia dahulu. Setelah itu, labu tersebut menjalani mutasi aneh semasa berada di angkasa dan Song Shuhang pun tidak tahu dengan siapa ia berhubung ketika berada di sana.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com