webnovel

Pertandingan Pertarungan Tanpa Diskriminasi di Kereta Api Bawah Tanah

Editor: EndlessFantasy Translation

Saat biarawan Barat itu mengucapkan sutra, sutra Buddha di tangannya menunjukkan cahaya keemasan yang penuh dengan kesucian. Itulah yang dapat dilihat oleh manusia biasa.

Walau bagaimanapun, jika seorang pertapa yang telah membuat Bukaan Mata ada di situ, dia akan melihat tenaga mental besar-besaran dari biarawan Barat itu sedang memimpin kandungan sutra. Teks sutra itu berubah menjadi kalimat emas yang dapat dilihat dengan jelas. Setiap kalimat itu menjadi sebesar kuku dan melompat ke arah hantu yang sangat marah itu.

Ilusi yang dibuat oleh Jeneral Hantu Ku You dengan cepat tersebar seperti asap yang ditiup oleh angin di bawah kuasa sutra Buddha. 

Ilusi itu tersebar sedikit demi sedikit, tetapi penumpang di dalam gerabak itu masih meracau. Berbeza dengan gerabak Shuhang, gerabak ini telah dibingungkan dengan ilusi pada masa yang sangat lama. Jeneral Hantu Ku You mengeluarkan sebahagian daripada tenaga mereka. Sebab itulah mereka masih meracau.

"Cheep..." jeneral hantu itu menjerit dan berundur. Dia akhirnya dapat memulihkan tenaganya. Tetapi kemudian tenaganya diserap oleh biarawan Barat itu. Kini dia menjadi lebih lemah daripada sebelumnya.

Dengan cara ini, biarawan Barat hanya perlukan setengah jam untuknya membersihkan Jeneral Hantu Ku You itu dan menukarkannya menjadi abu.

"Syaitan asing tak guna!" kedua-dua lelaki yang baru tiba itu merasakan darah mereka hampir membeku saat mereka melihat tempat kejadian.

Lelaki berkolar putih mengambil nafas panjang. Kemudian, otot-ototnya mula menggelembung. Kemeja yang dipakainya koyak-rabak. Jika kulitnya bertukar menjadi hijau, dia kelihatan seperti Hulk.

Selepas transformasi itu, dia menjadi dua kali lebih kuat daripada biarawan Barat, tetapi lebih pendek. Kemudian, lelaki berkolar putih itu meluru ke arah biarawan Barat seperti kereta kebal yang bersedia untuk menghempap musuhnya.

Saat dia berjalan, para penumpang yang berada di laluannya dilanggar dengan kuat sehingga mereka terbang keluar dari laluan...

Rakannya bekerjasama dengannya. Saat lelaki kolar putih bertukar menjadi lelaki gergasi, rakannya melemparkan lapan batang jarum dan memecahkan semua kamera pengawasan dalam kereta api bawah tanah itu.

Pertapa hantu yang jahat pun tidak mahu mendedahkan diri mereka kepada orang ramai. Bagi penumpang di dalam kereta api itu pula yang masih meracau, mereka tidak perlu dihiraukan.

Selepas memecahkan kamera pengawasan, lelaki bertubuh biasa itu memegang sebilah senjata tulang ajaib di tangannya dan mula mengawal Jeneral Hantu Ku You.

Jeneral hantu tidak mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dan biasanya boleh menggunakan hanya 50-60% kekuatan mereka. Walau bagaimanapun, jika mereka dikawal oleh seseorang, kekuatan mereka akan menjadi berganda.

Lelaki bertubuh biasa itu mengawal Jeneral Hantu Ku You dengan harta karun tulang dan tidak lagi membiarkannya berhadapan dengan biarawan Barat itu sendirian. Jeneral hantu cuba mengambil semula tenaga yang digunakan untuk mengaktifkan ilusi dan menunggu masa yang tepat untuk bergerak.

Sementara itu, lelaki bertubuh biasa mengambil sebotol kecil yang mengandungi abu hantu api berpangkat rendah.

Sesuai dengan hantu air, hantu api yang dipanggil merujuk kepada hantu yang marah yang menjadi korban dalam kebakaran. Dengan kebarangkalian tertentu, pahlawan-pahlawan dengan qi dan darah yang besar yang dibakar hidup-hidup setelah dihukum dapat berubah menjadi hantu api.

Dengan tahap kecerdikan yang sangat rendah, hantu api berpangkat rendah hanya tahu menyerang seperti anjing gila. Bagaimanapun, dengan abunya, seseorang dapat mengawalnya untuk menyerang objek tertentu.

Botol dibuka dan hantu api keluar dari situ. Sebagai hantu berpangkat rendah, hantu api tidak mempunyai bentuk yang tetap. Ia kelihatan seperti api hantu yang terbakar dengan kelajuan yang sangat pantas.

Menggunakan abu itu, lelaki bertubuh biasa memberikan perintah kepada hantu api untuk menyerang biarawan Barat.

Hantu api menjerit dan meluru ke arah sasaran. Pergerakan hantu api itu beberapa kali lebih cepat daripada lelaki berkolar putih di belakangnya. Ia bergerak begitu cepat sehingga ia sampai ke belakang biarawan Barat lebih awal berbanding lelaki berkolar putih.

Biarawan Barat mengesan serangan hantu api itu. Dengan senyuman yang sinis, dia tidak berhenti melaungkan sutra.

"Boom!"

Hantu api menyerang biarawan Barat.

Bagaimanapun, biarawan Barat tidak terjejas. Kesannya tidak dapat dirasai walaupun dengan gugurnya sehelai rambut. Dalam situasi sebenar, biarawan itu kan berkepala botak!

Pada masa ini, muncul cahaya emas tebal di antara hantu api dan biarawan Barat yang menyekat serangan hantu api!

Apabila cahaya keemasan itu muncul, ia seolah-olah syurga dan bumi mengisytiharkan kebajikan masa lalu yang telah dilakukan oleh biarawan Barat itu kepada dunia. Apabila cahaya mulia itu bersinar, segala kejahatan akan terurai!

'Bangsat, sudah berapa banyak roh dan jiwa yang gersang itu telah dibawa ke jalan yang betul oleh biarawan Barat ini?'

Lelaki bertubuh biasa itu terkejut.

Lagipun, dengan membawa seratus jiwa ke jalan yang benar, seseorang dapat memperoleh kebajikan. Apabila seribu jiwa dibawa ke jalan yang benar, seseorang dapat memiliki cahaya yang mulia untuk melindungi dia. Melihat kepada cahaya mulia yang tebal di hadapan ini, nampaknya biarawan Barat itu telah membawa sekurang-kurangnya lebih dari 10,000 jiwa ke jalan yang betul, bukan?

Nampaknya biarawan Barat itu tahu yang dia akan dilindungi oleh cahaya mulia dan hantu biasa serta makhluk ganas tidak boleh mencederakan tubuhnya. Sebab itulah dia hanya berdiri di situ dan membiarkan hantu api menyerangnya.

'Tak guna, sebagai seorang biarawan Barat, kenapa dia perlu bekerja keras? Aku sendiri tak percaya akan ada biarawan tempatan yang bekerja sekuat dia, betulkan? Mungkin tak ramai biarawan yang telah membawa lebih dari 10,000 jiwa ke jalan yang betul. Di seluruh bahagian China ini pun belum tentu cukup!'

Lelaki bertubuh biasa itu sibuk mengawal hantu api untuk dia berundur. Cahaya mulia biarawan Barat itu sangat tebal sehingga hantu biasa mudah untuk ditewaskan olehnya.

Walau bagaimanapun... sudah terlambat.

Mustahil untuk hantu api itu melarikan diri. Ketika biarawan Barat itu membaca sutra dengan kuat, tujuh azimat yang dibuat dari kalimat sutra Buddha menyelubungi hantu api dan berputar di sekelilingnya.

Selepas seketika, nyalaan api dari hantu api terpadam. Muncul satu sosok bayang-bayang lelaki dengan berpakaian tentera.

Lelaki itu mempunyai wajah yang muram. Walau bagaimanapun, apabila azimat emas itu berputar, wajahnya kemudian menjadi tenang. Dia tersenyum pada biarawan Barat dengan wajah kelegaan. Kemudian tubuhnya berubah menjadi zarah cahaya dan tersebar ke udara.

"Pa!"

Botol yang mengandungi 'abu hantu api' yang dipegang di tangan lelaki bertubuh biasa itu pecah dan abu bertaburan di tanah...

"Argh!" pada masa ini, lelaki berkolar putih yang berubah itu akhirnya sampai di hadapan biarawan Barat. Dia menghentamnya dengan gerakan pertahanan diri 'Beruang Hitam Terlanggar Pokok'.

Biarawan Barat tetap tidak bergerak dan hanya mengambil serangan dari lelaki berkolar putih.

"Bang!"

Otot lelaki berkolar putih yang berubah itu bukan hanya untuk menunjuk-nunjuk. Dengan bonggolan otot ini, biarawan Barat terpaksa berundur walaupun badannya lebih besar. Dia berhenti membaca sutra.

"Ah!" dengan serangan pertama yang berjaya, biarawan Barat tidak dapat menahan diri daripada jatuh. Lelaki berkolar putih mengambil kesempatan untuk menumbuk muka biarawan Barat dengan kedua-dua penumbuk menggunakan gerakan 'Lembu Jantan Bertanduk'.

Biarawan Barat mengetap bibirnya dengan senyuman gembira di wajahnya dan berkata dalam bahasa Inggeris, "Kau benar-benar seekor lebah yang pemalu."

Lelaki berkolar putih yang mahu menyerangnya mula kehairanan.

"Kau dah pukul aku!" biarawan Barat berkata dengan nada penuh kemenangan. "Jadi, aku boleh melawan balik. Mahaguru aku beritahu yang ini pertahanan yang wajar!"

Kemudian, biarawan Barat bertepuk tangan. "Mari kita menari, si anak lembu!"

Kemudian, lelaki berkolar putih terhempas ke dinding gerabak seperti seekor lalat.

Biarawan Barat bukan hanya fasih berbahasa Cina, tetapi juga mahir dalam beberapa jargon dari Internet... Walaupun ia sudah menjadi jargon sejak lebih sedekad lalu, tidak dapat dinafikan dia benar-benar fasih berbahasa Cina!

"Aku tahu hantu yang kuat itu dikawal oleh seseorang di belakang tabir. Kejahatan mesti dihapuskan sepenuhnya. Jika rumput tidak dibajak, ia akan tumbuh lagi apabila angin musim bunga bertiup! Aku akan bunuh kau!" biarawan Barat kelihatan gembira. Dia memasang kekuda untuk memulakan teknik penumbuk. "Mari ke sini, dua lebah pemalu!"

❄❄❄ 

Helo, hadirin sekalian, selamat datang ke Pertandingan Pertempuran Bebas Terunggul di Landasan Kereta Api Bawah Tanah 5, Jiangnan.

Mari kita mulakan dengan memperkenalkan pemain.

Pemain asal di sini ialah biarawan Barat yang memakai jubah tebalnya dengan enam Parut Buddha di dahi.

Pemain jemputan ialah dua pemain yang masing-masing memakai sut hitam dan baju kemeja biasa. Ya, ini pertarungan dua lawan satu pertandingan pertempuran bebas terunggul! Ia tidak adil, tetapi ini pertandingan pertempuran bebas dan tidak ada peraturan ialah peraturannya yang paling utama!

Sekarang, pertandingan telah bermula!

Pemain jemputan dalam sut hitam akan bermula dengan membuat serangan. Benjolan otot yang menggiurkan! Sekurang-kurangnya seratus mata akan diperoleh untuknya!

Walau bagaimanapun, pemain asal tidak dapat mengelak serangan itu! Ya, biarawan Barat berjaya menahan serangan itu! Kedudukannya tidak terjejas. Walaupun hanya terdapat satu pusingan, ia jelas menunjukkan yang semua pemain sangat kuat.

Pemain bersut hitam menyerang lagi. Kali ini, dia memukul dengan kedua-dua penumbuk!

Cantik! Pemain asal, biarawan Barat, telah menyekat serangan itu!

Biarawan Barat itu menyerang kembali. Inilah kali pertama dia menyerang. Dia menggunakan kemahiran unik 'gorila menampar lalat'!

Cantik! Seribu mata kerosakan diberikan. Pemain bersut hitam menghentam dinding dan tidak dapat bergerak.

Dia mempunyai sepuluh saat untuk berdiri, jika dia tidak berdiri selepas sepuluh saat, dia akan disingkirkan.

Sepuluh, sembilan, lapan... empat, tiga...!

Oh, pemain jemputan bersut hitam bergelut dengan kakinya dan berdiri dengan mantap. Kali ini, dia berdiri bersama kawan lelaki yang memakai kemeja tee.

Pertandingan ini berada di peringkat yang paling sengit. Jadi, siapakah yang akan menuntut kemenangan dalam pertandingan ini? Mari kita tunggu dan lihat!

Next chapter